Preparation to Saudi

Saturday 16 December 2023

Today's date: 17.12.23. Hari aku fly back to Saudi after 1 month vacation. Tulis ni dlm flight qhile transit to Jeddah. Byk benda berlaku dalam masa 6 bulan to Saudi yg menyebabkan aku buat keputusan drastik which is am gonna resign soon.

Apa apa pun..aku tulis blog hanya utk kenangan aku sendiri.. so last post aku ingat yg aku nak cite pasal preparation to Saudi.
Malas la nak tulis panjang. Tulis ongkos sudah. Haha.. Ni semua antara detail yg wajib disetelkan sebelum ke Saudi with the help and arahan dari agensi yg kau apply. 

1) Data flow: RM 641
Data flow ni mcm pengesahan dari Saudi utk sijil2 kau cth sijil degree in nursing and employement kau dari hospital lain. Kau cuma perlu ikut je arahan agensi and prepare kan bayaran. Sekian. At the end, dia akan bagi kau report yang dipanggil data flow. Anyway,kalau ada problem, process data flow can takes up to years. Tunggulah bagai pungguk rindukan bulan di situ😁

2) Statutory Declaration: RM 10
 Yg no senang ja tulis surat rasmi yg mebgatakan keizinan suami kau yg membenarkan kau as his mahram to work in Saudi. Angkat sumpah di mahkamah  akuan. Bagi yg bujang boleh bawak ayah atau abang.

3) Starting of attestation: RM500
Ini satu lagi pengesahan sari negara Arab ke atas sijil2 kau. Nak explain in detail pon tak tahu.Bayar je la belalang.

4) Medical check up: RM940
5) Vaccine+mantoux test: 381.10 
Medical check mmg memakan duit kau. Dahla agenai ni hnaya benarkan buat mwdical check up kat KPJ and BP lab

6)LJM translation: RM 35
Sijil kita kan dalam BM, so perlulah dienglishkan and need some payment  of course

Mungkin ada yg aku tertinggal sebb dah lama baru nak tulis. Haha. Apa apa pun, youragebcy will guide you..so dont worry,be happy. Sape yg bercita cita bekerja di luar negara, just teruskan niat tu dan rasailah sendiri pengalamannya🥰

Sebuah Impian

Thursday 16 March 2023

Dari zaman belajar lagi, once aku enter nursing field, salah satu impian adalah nak kerja di Arab Saudi. Kenapa? Entah? 
Impian itu sepertinya datang dgn tiba-tiba.

Fast forward, habis belajar, grad, dapat kerja di Parkcity Medical Centre.
Masa tahun pertama kerja tu ada kakak senior yg baru setahun dua kerja resign dan pergi Saudi. Katanya time tu dapat pergi sebab Saudi hospital accept staff with one year experience. Masa tu macam nak apply jugak tapi dalam dua because kita pun baru je kerja.. At last tak jadi.

Then, direzekikan ambil post basic pula lepas two years kerja. Ambil post basic under hospital of courselah ada bond. So yes, I was bonded for 3 years to sime darby company. If break bond tu, kena pay almost 30k (in case tak mampu bayar cash) which is for me sangat tak berbaloi kalau you buat loan just to pay that amount then kerja tempat lain. But, of course others might have different perspective. Ada je yg break bond then pay then go somewhere else.

Kadang-kadang bila rasa boring kerja, ulang-alik tempat sama, ada jugalah niat nak buat cenggitu: break the bond. Tapi satu hal lagi bila ninta consent ayah dan ma utk ke sana, ayah macam berat hati sungguh nak.lepaskan. So, dalam diam pujul hati sendiri, is okay..tunggu 23 Feb 2023(last day of contract). Ke Saudi / tak, by hook or by crook, habis bond je nak resign jgk.

Then, kahwin , ada baby.. that day pun sampailah.. Yahoo.. Happy sgt bila dah habis bond. Masa ni ada bulan dua..ada kawan ajak apply Saudi dah. Alhamdulillah dapat offer to National Guard Hospital, Riyadh. 
Impian yang satu itu tercapai. Alhamdulillah..okay, nnti kita story preparation required sebelum ke Saudi Arabia. 💋

Aqiqah Umar

Monday 27 February 2023

26.02.2023

Umar genap 4 bulan 23 hari.
Ibu dan abah plan nak buatkan kenduri aqiqah untuk Umar-which is benda baik kami setuju je la. 
            Poster aqiqah by abi Umar

Kenduri ni diadakan di kg lakiku di Rembau. Kata ibu, dah lama tak buat kenduri di kampung. Makan-makan. So consider 2 in 1. Alkisah pak teh (adik ibu) pula baru naik rumah baru. So another house warming event, 3 in 1 all in.

Tak ada apa nak diceritakan sangat. Semua berjalan lancar alhamdulillah.
Membesarlah anakku Umar menjadi anak yg soleh. Umi dan abi telah menunaikan salah satu hak kamu sebagai seorang anak. 
 Otw home sempat lagi menyinggah rasa daging salai

                Formal sangatlah tu
                       My kakaks ipar 

     Budak-budak post night, all the way                from Parkcity Medical Centre 

         Long lost friend, Adhira Adnan                                 #exunimasian

Punya ramai yang datang, rasa macam zup zap zup zap..eh lauk dah habis.  
SEKIAN

Umar Firdaus

Friday 24 February 2023

Hi assalamualaikum..as always.. last update 2021..haha
Okay, time sure flies so fast. So, not my fault😯
Hari tu update dah kahwin, ni update dah bersalin dah.
My first born is a cute cheeky baby boy.
Kali ni nak cerita tentang pengalaman bersalinkan anak sulungku. 
Umar Firdaus.

Tahu mengandung tu early Feb 2022.
Kahwin kan March 2021, so dapatlah juga merasai perasaan TTC (trying to conceive) for almost 10 months. Penantian yang rasanya hanya sebesar zarah kalau dibandingkan dengan orang lain yg menanti kehadiran zuriat bertahhn tahun lamanya. Kudoakan semoga ada rezeki buat yang masih setia menunggu sang penghibur hati.

3.10.2022.
My due date fall on 11.10.2022.
Hari tu hari isnin, last working day sebab kononnya nak rest one week sebelum tarikh due. Tapi malam 3hari bulan ni tak boleh nak tidur, rasa perut mengeras je on off. Pusing kanan tak boleh, kiri tak selesa, gelisah memanjang. Pergi toilet tak ada apa apa yang significant pulak. 
So, pagi pukul 6 tu waktu tengah siap2 nak pergi kerja, sakit perut macam mild cramping lagi. Rasa macam tak sedap hati, so decide to call hospital for MC. Boleh pulak kena bebel ngan Duty Nurse Administrator (DNA) time ni sebab katanya lambat inform nak MC. Macamlah aku tahu bila nak sakit perut. Sabarje la.

Ok then lepas tu decide nak kemas rumah dulu  sebelum pergi hospital sebab kotlah pergi sana kena admit ke apa.

Pukul 10 juga la gerak ke Hospital Selayang. Daftar kat lobi depan tu then terus naik ke Pregnancy Assessment Centre (PAC). Sebelum tu of course ambil covid test dulu.
Lama jugalah menunggu. As expected lahkan, bukan kita soramg yang nak beranak. Dr check os baru 1cm. Doctor kata dia tolong bukakan jalan. Alhamdulillah dpt doctor perempuan. Lepas tu boleh balik. Pukul 2 sampai rumah.. sempat lagi menyinggah di Lotus makan laksa penang. 
Balik rumah, aku dan lakiku sama-sama tidur. Penat oi menunggu. Masa tu dah tak sakit. 
Terjaga balik pukul 6 petang. Solat asar then decide nak buat exercise ramai-rama, jalan itiklah.. siap tgk video cara cara nk cepatkan bukaan.
Tiba-tiba kan...rasa macam sakit perut nak cirit. 
Then mulalah episod berulang -ulang kali ke toilet sebab cirit birit. Masa tu langsung tak fikir yang ciri birit tu sebenarnya contraction. Sakit dia fuhh rasa menggeletar sampai ke tulang. 
Lakiku dah stress. Dia cakap ni dah lain dah ni. Dia ajak pi hospital.  Tapi aku still insist yang aku maybe sakit perut sebab makan laksa tadi. Lagi satu aku takut kalau ke Hospital Selayang lagi, kan kena 'halau' balik lagi sekali. 
Last-last lepas solat Isyak tak tahan sangat. Bersiap ala kadar, gerak ke hospital dalam pukul 10.
Punyalah sakit kan, sampai setiap kali ada bonggol kat jalan ru, aku akan cakap slow bang,sakit tau waktu naik bonggol tu.

Sampai di PAC, nurse kat kaunter tu suruh pergi ambil covid swab. Then aku cakap aku dah ambil pagi tadi and now sakit perut nak ke toilet lagi sekali. Nurse terus tahan tak boleh ke toilet, diorang suruh pergi katil and baring dulu..  kena cek os dulu. Aku faham..diorng takut aku teran kat toilet la tu. 

Cek-cek baru 3cm. Apakah??? Kenapa rasa sakit tu cam nak mati😭 Kecewa tau dengar 3cm. Nurse cakap 3cm tapi membrane lembut. Tak faham sangat tapi rasanya maksud dia boleh terbuka cepatlah kot.
Kena admit ward sebab dah 3cm. Tapi kena tunggu kat PAC dulu sebab ward full for the moment.

Lepas tu tahan je la sakit tu kat katil PAC tu. Sakit tu tak dapat digambarkan, hanya yang pernah merasai sahaja yang tahu. Macam2 doa kubaca. Doa Nabi Yunus tu pun baca ulang. Tapi tu la at times, otak rasa blank due to severe pain.

Tunggu punya tunggu.. last last aku sorang kat PAC tu. Setia menanti katil yang tak kunjung tiba. Sampai nurse dah off kan lampu. Sendu sungguh menahan sakit dalam lampu malap macam tu. Aku ulang alik ke toilet. Ada sekali tu..rasa cam mucus plug keluar. Darah + lendir keluar one shot. Tapi aku diam je, tak tahu nak noted ke nurse ke tak. Nurse plak siap bagi warning cakap jangan asyik ke toilet tapi aku abaikan.  Dalam pukul 2 tu aku menjerit cakap rasa nak teran.  Sekali nurse datang cek os baru 4cm. OMG, sumpah rasa tak percaya. Entahlah kenapa masa ni memang rasa tak percaya baru 4cm. Dia macam tak selari dengan sakit yang aku rasa tu😂😂 Dalam hati aku, mesti nurse salah assess ni😩 
Diorang tengok aku sakit sangat, they offered me IV pethidine. Time tu pulak aku teringat my colleague pernah cerita, sebab dia ambil IV Pethidine, dia lalok dan susah nak teran. Anak dia end up intubated in NICU. Aku decide reject dan kata saya boleh tahan lagi (Dalam hati: nooooooo!🤣)

230 pagi, aku menjerit lagi sekali cakap sakit sangat nurse. Then ada sorang nurse ni macam perli dengan ayat sinisnya ' tadi, kita offer u pethidine, u  tak nak, tahan lah". Pergh, berdesing telingaku mendengarnya. Nasib baik tengah sakit. Tak ada mood nak melawan. 
Tapi lepas tu reply jugaklah. "Saya nak Pethidine tu." Aku direct bagitahu doctor.
 (time tu ada new patient baru datang-nurse and doc tengah kerumun patient tu)

Ingatkan terus dapat, rupanya-rupanya nak cek CTG pulak. Aduhai, kita ni dalam gambaran, after pethidine STAT, hilanglah sakit ni. Dah nak cek CTG plak. Time CTG tu aku tak boleh nak duduk diam dah.  Rasa 2 minit sekali contraction datang. Kena marah pulak kat situ sebab tak reti duduk diam (Banyak gerak menyebabkan CTG tak cantik). CTG ni utk tgk graf jantung baby. Kalau tak ok, diorang tak boleh bagi IV Pethidine tu. 

Time aku kena marah by MO tu, datang doktor pakar. Dia shouted  "patient is in pain like hell, what are you all doing? Kenapa tak cek os?" Pergh, masih kuingat muka doktor yang kena marah terkebil kebil blur nak reply apa. 
Specialist tu cek then jerit. "9cm, sent to labor STAT".
Aku terkejut, nurse kiri kanan pun terkejut. Apa lagi macam lipas kudung diorang suruh tukar pakai baju labor. Time ni rasa my doubt earlier about 4cm tu betul. Haha.
Anyway, tak merasalah nak duk ward prenatal.Terus ke labor from PAC. 
Nurse suruh call husband minta datang. Before that husband kena buat swab test dulu. Nasib baik lakiku tak balik Ampang as planned earlier. Dia tunggu dalam kereta sebab katanya guard lobi tu advise suruh tunggu je.

Dalam labor room, lakiku sampai. Sedih gila time nampak muka lakiku terjengul di balik pintu. Bang...nak cerita semua benda yang berlaku dalam PAC tu tapi tengah sakit. Dia mai dekat dengan muka ngantuk usap-usap kepala. ' Sabar, sabar'. Kata lakiku.Tapi 'sabar'  time tu ibarat angin lalu. Cakap senanglah bang. Cuba mu rasa😆

Fully os is 10cm. Mine was 9cm. Tapi aku macam tak sabar sabar dah nak teran. Masalahnya tak reti nak teran. Dah jadi drama teran tak lepas. Breathing technique pun salah. Itu lah, 3rd trimester sibuk cari info pasal cara nak cepatkan bukaan tapi langsung tak praktis breathing technique. Fail, siap kena marah.
'Awak kan nurse, dik😷'. Berpuluh kali midwife duk ulang ayat tu.. So, kenapa kalau aku nurse, mmg aku wajib kena pandai teran ke? 😐
Memang tak pandai nak teran, midwife  buat epi, dapat rasa bunyi gunting tu. Eee..tak suka bunyi tu. 
Epi wound sikit sgt, but got tare lain disebabkan terlebih usaha meneran😯
Lakiku pun dok jerit push-push dalam tu. Suara dia pulak lebih dari misi sampai tergelaklah doctor and nurse kat dalam tu bila dia jerit suruh aku push. Cikgu sangat lah tu bang. But Im not your student. Hahaha.. So, still tak ikut arahan.
Diorang jerit kepala dah keluar tapi aku tahu diorang tipu. Alah, kenapa guna teknik nurse pada seorang nurse? Itu cara nak bagi semangat untuk teruskan meneran. 
Tapi last2 aku pun tak ingat dah macam mana akhirnya aku berjaya meneran dengan jayanya. 

 3 pagi masuk labor, 320 alhamdulillah selamat melahirkan seorang putera sulungku. Umar Firdaus.       Umar fresh from mommy' womb.

Alhamdulillah aku pun selamat bergelar seorang ibu.
                  2 weeks of life

                     4 months old
Blogger Tips and Tricks