REVIEW: Wonderland 99

Friday 31 December 2021

Assalamualaikum

Kali ni Izz nak bercerita pengalaman pergi ke Wonderland 99 yang terletak di Tasik Sri Murni, Selayang.

We came in group of 4 + my 3 anak buah. Dua tiga hari jaga my sister's children sebab umi ayahnya ada outstation di Pantai Timur.

Dah banyak kali plan nak ke sini tapi waktu sangatlah mencemburui kami. 

Muka-muka bahagia nak bertolak, spending the time together (Ayahngah, che ngah, Sufi, Shauqi, Syifa)

Kami konvoi dua kereta je.hehe
          Ini kawan kami (Nurul & Faiz)

Waktu kitaorng gerak tu dah lepas Asar (memang sengaja pun tunggu lepas asar). Anyway tiket kami memang start pukul 5pm till midnight pun.

Sampai-sampai tu macam biasa la pergi amek tiket dulu then we got the access card (waterproof gelang tu)

Jejak kaki je ke The Wonderland 99 ni, melepasi kaunter masuk, kita akan dapat lihat peta Wonderland. 

So, have you ever wonder apa yang menarik sgt kat Wonderland 99 ni?

Inilah dia petanya. Ada 47 tarikan kat sini. Kesemua attraction ini ada di sekeliling tasik. So, memang kena pusing-pusing satu tasik yang besar tu sampai lenguh kaki untuk merasai tempatnya satu persatu.

Harga tiket masuk utk dewasa 48, Kanak -kanak RM 28 during school holiday. Time ni pulak cuti sekolah.. Hmmm, so please total up for me.

Posing bagi makan pada Tapir.Pengunjung yang datang diberi peluang utk memberi makan pada haiwan. Makanan haiwan yang dijual dgn harga RM 5 itu agak 'universal' kerana boleh diberi makan pada semua binatang. Dalam pek tu ada carrot dengan kacang panjang.

           Master Panda
Sufi tengah berlawan pandang dgn cicakman😆
Background ni sangat exclusive. English theme. Tapi tak dibenarkan masuk, so I'm not sure what is inside.
My Yellow Man. Ni bergambar dekat 99 Zoo Lights. Ala- ala I-city Shah Alam

I can see the golden, but not the waterfall. Air belum jatuh kot. Haha

Ini around 830pm. We were waiting utk tengok pancuran air.. Tu kat belakang. Air tu akan menari-nari kegedikan ikut lagu yang dipasang. Ada 5 buah lagu semuanya. 
LOVE. Salah satu tempat attraction ya.. Yang kaki OOTD, gila bergambar sesuai sgtlah kot. 

Lakiku kegelian pegang ular. Dia sorang je yang duk hulur tangan nak try pegang benda tu.. sekali dah dapat awww awww bunyinya😆😆

Bila matahari mula terbenam, nampaklah lampu-lampu bergemerlapan mula mewarnai Wonderland. To be honest, night view is wonderful & incredible.  

Dah kebulur jalan-jalan. Kitaorng pun singgah 99 restaurant menjamu selera. Solat maghrib, shi shi dlu apa semua sebelum start meronda balik.

Niew view yang sangat superb.

99 Dinasour Park.
Kalau ikitkan ada dua ekor Dinasour tapi ramai sgtlah manusia beratur nak snap pic dengan makhlum Tuhanyang dah pupus ni. Makanya, kami reda je la amek gambar dengan sekor je. Paling nice siap ada bunyi mcm Dinasour. Shauqi dah naik takut.

Okeylah, utk akhiri review ni, sebenarnya banyak lagi yg ada kat sini cthnya boleh naik river cruise, ada train yang boleh bawa mengelilingi tasik. Budak2 suka la naik benda ni. Lagi, ada photo booth, toilet and surau pun ada dua tempat which is so good.
Those yang berminat nak pergi I would like to suggest pergi timing kitaorng, petang ke malam. 5-7 pm tu boleh la merayap tgk binatang,malam pula boleh cerahkan mata dengan pemandangan lampu LED. The transition malam ke siang tu actually very nice.
For me, gaining new experience dpt tgk certain binatang depan mata: beruang matahari, merak, tapir is good enough. 
Luas tasik ni pun boleh tahan juga. Kalau ikutkan ada 2 jam setengah lagi before midnight. Tapi tak larat sangat. Budak2 pun dah xde mood nk teruskan. Balik-balik terus pengsan.
Overall, Izz okey je ngan tempat ni tapi ada certain thing yang unexplainable yang membuatkan Izz tak boleh nak bagi  star 10/10, 9/10, 8/10

I just can give 7/10
Minusnya mungkin pada harga tiket, pada tasik yang tidak terlalu bersih (in my opinion), pada sangkar yang besar tapi haiwannya seekor dua sahaja. Semoga ada penambahbaikkan in future❤️

Or mungkin my expectations is too high😆

My Forever Soulmate

Sunday 26 December 2021

Assalamualaikum❤️
Fuh.. last update on 2020. Macam biasa tak ingat email address. Penyakit lupa di awal remaja. Ececece.

Ini malas nak cerita panjang, just nak reveal that I'm married woman now. Alhamdulillah. Akhirnya jodoh sampai dengan orang yang tepat, pada masa yang tepat dan kudoakan cik abang sayang will be my forever soulmate, Insyallah.

Ok, to cut it short, 27/3/2021 adalah tarikh keramat kami mengikat hati. Waktu tengah taip ni pulak datenya adalah 27/12... kira ulangtahun ke-9 bulan kami lah ye. Sumpah, baru teringat and just done pm Mr Husband yang dah lena kot.

Perkenalan kami so straight forward. Anyway, kami berkenalan di portal Till Jannah. Kenal pun tak lama. I must say, 9 bulan ni penuh sweet-sweet masam masam manis but all is well. 

1/8/2021 kami bertunang. Majlis yang boleh dikatakan agak rushing dan pihak lelaki waktu ni dalam dilema nak datang ke Terengganu ke tak disebabkan Pantai Timur berada dalam musim tengkujuh as always. Tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan. 

Tak lama bertunang, kami pun disatukan dalam musim PKP.  Kahwin time PKP adalah perkahwinan paling jimat. I guess mine adalah perkahwinan paling ringkas & jimat among all the siblings

But then ya, aku tetap bersyukur. Dapat pilih hantaran sendiri, dapat order baju nikah customade, pelamin pun cantik dan murah. 

My MUA really made my day. I love my make up throughout the day. Tak terjejas sikit pun up till the evening, waktu photoshoot outdoor kat Pantai makeup still glowing. I luv that to the fullest.

My Photographer is the best.. sangatlah peramah sampai orang tanya eh, sedara ke tu?


                      Engagement Day

                 Hai Mr Zainor Faiz



Makeup of the day. MUA tanya any request for makeup.. Cakap nak yang natural je. Ni first time pakai contact lens. Tak nak pakai tapi MUA insist. Katanya makin naik glow with lens.



Blogger Tips and Tricks