REVIEW: Wonderland 99

Friday 31 December 2021

Assalamualaikum

Kali ni Izz nak bercerita pengalaman pergi ke Wonderland 99 yang terletak di Tasik Sri Murni, Selayang.

We came in group of 4 + my 3 anak buah. Dua tiga hari jaga my sister's children sebab umi ayahnya ada outstation di Pantai Timur.

Dah banyak kali plan nak ke sini tapi waktu sangatlah mencemburui kami. 

Muka-muka bahagia nak bertolak, spending the time together (Ayahngah, che ngah, Sufi, Shauqi, Syifa)

Kami konvoi dua kereta je.hehe
          Ini kawan kami (Nurul & Faiz)

Waktu kitaorng gerak tu dah lepas Asar (memang sengaja pun tunggu lepas asar). Anyway tiket kami memang start pukul 5pm till midnight pun.

Sampai-sampai tu macam biasa la pergi amek tiket dulu then we got the access card (waterproof gelang tu)

Jejak kaki je ke The Wonderland 99 ni, melepasi kaunter masuk, kita akan dapat lihat peta Wonderland. 

So, have you ever wonder apa yang menarik sgt kat Wonderland 99 ni?

Inilah dia petanya. Ada 47 tarikan kat sini. Kesemua attraction ini ada di sekeliling tasik. So, memang kena pusing-pusing satu tasik yang besar tu sampai lenguh kaki untuk merasai tempatnya satu persatu.

Harga tiket masuk utk dewasa 48, Kanak -kanak RM 28 during school holiday. Time ni pulak cuti sekolah.. Hmmm, so please total up for me.

Posing bagi makan pada Tapir.Pengunjung yang datang diberi peluang utk memberi makan pada haiwan. Makanan haiwan yang dijual dgn harga RM 5 itu agak 'universal' kerana boleh diberi makan pada semua binatang. Dalam pek tu ada carrot dengan kacang panjang.

           Master Panda
Sufi tengah berlawan pandang dgn cicakman😆
Background ni sangat exclusive. English theme. Tapi tak dibenarkan masuk, so I'm not sure what is inside.
My Yellow Man. Ni bergambar dekat 99 Zoo Lights. Ala- ala I-city Shah Alam

I can see the golden, but not the waterfall. Air belum jatuh kot. Haha

Ini around 830pm. We were waiting utk tengok pancuran air.. Tu kat belakang. Air tu akan menari-nari kegedikan ikut lagu yang dipasang. Ada 5 buah lagu semuanya. 
LOVE. Salah satu tempat attraction ya.. Yang kaki OOTD, gila bergambar sesuai sgtlah kot. 

Lakiku kegelian pegang ular. Dia sorang je yang duk hulur tangan nak try pegang benda tu.. sekali dah dapat awww awww bunyinya😆😆

Bila matahari mula terbenam, nampaklah lampu-lampu bergemerlapan mula mewarnai Wonderland. To be honest, night view is wonderful & incredible.  

Dah kebulur jalan-jalan. Kitaorng pun singgah 99 restaurant menjamu selera. Solat maghrib, shi shi dlu apa semua sebelum start meronda balik.

Niew view yang sangat superb.

99 Dinasour Park.
Kalau ikitkan ada dua ekor Dinasour tapi ramai sgtlah manusia beratur nak snap pic dengan makhlum Tuhanyang dah pupus ni. Makanya, kami reda je la amek gambar dengan sekor je. Paling nice siap ada bunyi mcm Dinasour. Shauqi dah naik takut.

Okeylah, utk akhiri review ni, sebenarnya banyak lagi yg ada kat sini cthnya boleh naik river cruise, ada train yang boleh bawa mengelilingi tasik. Budak2 suka la naik benda ni. Lagi, ada photo booth, toilet and surau pun ada dua tempat which is so good.
Those yang berminat nak pergi I would like to suggest pergi timing kitaorng, petang ke malam. 5-7 pm tu boleh la merayap tgk binatang,malam pula boleh cerahkan mata dengan pemandangan lampu LED. The transition malam ke siang tu actually very nice.
For me, gaining new experience dpt tgk certain binatang depan mata: beruang matahari, merak, tapir is good enough. 
Luas tasik ni pun boleh tahan juga. Kalau ikutkan ada 2 jam setengah lagi before midnight. Tapi tak larat sangat. Budak2 pun dah xde mood nk teruskan. Balik-balik terus pengsan.
Overall, Izz okey je ngan tempat ni tapi ada certain thing yang unexplainable yang membuatkan Izz tak boleh nak bagi  star 10/10, 9/10, 8/10

I just can give 7/10
Minusnya mungkin pada harga tiket, pada tasik yang tidak terlalu bersih (in my opinion), pada sangkar yang besar tapi haiwannya seekor dua sahaja. Semoga ada penambahbaikkan in future❤️

Or mungkin my expectations is too high😆

0 comments:

Post a Comment

Blogger Tips and Tricks