DAERAH HATI KITA

Monday 1 August 2016

PROLOG
Dia menapak masuk ke dalam rumah. Kaki dihala ke balkoni. Dari situ, dia melihat hampir keseluruhan kota London. London street yang sibuk itu entah bila akan sunyi dengan pengunjung. Dia memeluk tubuh.

Sudah hampir tiga bulan dia menyambung pelajarannya di London. Ya! Rasa kecewa dan dikhianatilah yang telah mengheret langkahnya ke kota asing ini. Tuhan....kalaulah dia diberi pilihan...dia tidak mahu mengenali wanita itu.Wanita yang telah menghancurkan sekeping hatinya yang tulus.

Seketika pula, dirasakan kelopak matanya basah. Selama ini, kesedihan yang bertandang hanya disimpan di dalam hati tapi hari ini dia tewas lagi. Dibiarkan air hangat itu menitis.Tidak diseka mahupun dikesat. Dalam hati dia berjanji hari inilah hari terakhir dia menangisi kecurangan seorang wanita bernama isteri. Dia mahu mencapai kejayaan dalam hidupnya dan seterusnya memberi kebahagiaan kepada kedua ibu bapanya yang begitu terluka setelah mengetahui rahsianya. Benar, dia telah kalah sebagai suami tapi belum tentu dia tewas sebagai ayah, anak dan hamba-Nya.
Arghhh... Hati lelaki itu menjerit lantang. Berharap agar jeritan itu mampu menyegarkan jiwanya yang keluh-kesah. Yang tidak bermaya selama beberapa bulan ini.

Dia memejamkan mata. Tanpa sedar, bayangan wanita yang manis bertudung itu muncul dalam ingatannya. Serentak...air matanya luruh lagi. Ah! Betapa cinta telah menjadikan seorang lelaki begitu lemah.

“Rul!”. Namanya diseru perlahan.

Yakin seruan itu datangnya dari belakang, dia pantas berpaling.


Dan wanita yang memanggil tadi ternyata kaget. Tergamam melihat air mata lelaki itu.

1 comments:

Unknown said...

Dh lm dh cerita ni kn tp xde smbungan....sy suke cerita ni....dulu bc kt penulisan 2u....

Post a Comment

Blogger Tips and Tricks