ERTI KASEH

Saturday 30 May 2020



Tetap Kasih

Sebuah cerpen
Tentang rasa yang tak pernah mati~~~

SINOPSIS TK

Dia dipukul, diherdik, ditampar dan bermacam lagi letusan rasa marah ayahnya dilepaskan ditubuh kecilnya. Sejak itu Aliah menyimpan dendam pada ayahnya. Bertahun-tahun berlalu, namun gadis itu tidak pernah melupakan apatah lagi untuk memaafkan sikap ayahnya. 

“Aliah! Kau pekak ke mak kau cakap tak boleh, hah? Yang kau gatal kaki nak ikut sangat ni kenapa?!”

Satu-satunya cara untuk pergi jauh dari ayahnya adalah dengan mendapat keputusan terbaik dalam SPM. Doa Aliah termakbul apabila dia ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di UNIMAS. 

Selama 5 tahun, Aliah tidak pernah kembali ke kampung biar pun seringkali berhubung dengan adiknya, Azman. 

“Selagi parut pada dahi aku ni ada, sampai tu aku takkan lupa!” 

Berakhirkah dendam si anak terhadap ayahnya? Mampukah Aliah menemui kata maaf untuk ayahnya? Atau tegakah Aliah membiarkan permohonan maaf dari ayahnya yang sudah semakin uzur?





SECOET rasa hati seorang ayah dalam Tetap Kasih

PUISI BUAT ALIAH
Aliah.
Ketika kau dalam kandungan
Sering kali kuusap dirimu yang tak pernah menyusahkan
Lahirmu ke dunia menjadi penawar
Penyejuk hatiku dan Maznah

Aliah,
Ayahlah yang salah,
Ayah tidak pandai mendidikmu.
Ayah mahu mengajarmu
Namun, ayah tidak sedar, ayah menyakitimu
Ayah mengasihimu,
Tetapi ayah tidak tahu menunjukkan
Ayah mencintaimu,
Namun, tidak pula ayah pandai berbahasa yang indah-indah.


Aliah,
Maafkanlah ayah.
Untuk semua dosa-dosa yang pernah ayah lakukan
Maafkanlah ayah
Kerana mendera tubuh kecilmu
Maafkanlah ayah..
Untuk setiap hirisan luka di tubuhmu itu
Maafkanlah ayah
Kerana bisa tanganku,
Wajahmu yang mulus berparut hodoh
Maafkanlah ayah,
Kerana ayah,
Engkau tidak mengecap zaman kanak-kanakmu.

Aliah
Ayah tidak meminta lebih
Cukuplah..
Jika Aliah sekadar mengingati ayah di setiap titipan doa
Cukuplah
Jika sekali-sekala Aliah mengenang ayah sebagai seorang ayah
Bukan sebagai musuh yang wajib dibenci

Aliah
Jika Aliah berdendam
Ayah mengerti
Ayah tidak menyalahkanmu nak
Kerana yang bersalah itu ayah

Aliah,
Maafkanlah ayah..
Kerana tetap menyayangimu walau jauh kau pergi.


Terima kasih anakku kerana sudi balik menatap wajah ayahmu ini..

Nurse. Misi. Belajar




Nurse. Misi❤️

Being a nurse is never a dream of mine. Mimpi pun tidak ya. Apatah lagi di alam realiti. IJ dulu time orang dok berimpian nak jadi doktor, engineer, peguam ke apa. My ambition is one & only. Which is becoming a teacher. Agaknya terjebak dengan my parents yang kedua duanya adalah pendidik. Both of them are my role model.

What to do. Apa yang tidak kita inginkan terkadang baik untuk diri kita. I got this course walau hati tidak mahu. Tapi, nak salahkan sistem uni tak boleh juga. At first place, I was the one who put nursing as my 1st choice untuk UPU (pilih dengan harapan tak akan dapat nursing, pilih sebab ma yang suruh. Jadilah nursing 1st choice and apa yang IJ minat which is in FSTS dah jatuh nombor dua). Then dapatlah (sapa suruh deme minta??) I remember that during dapat result what course, muka macam terkebil kebil saja tanpa any reaction.

Orang cakap misi ni kacang je. Medik susah lagi wei. ( Ye la tuh. Noted my sarcasm iyeww)
Nak dijadikan cerita.. sebelum IJ masuk UNIMAS, degree on 1/9/2013. IJ pergi Klinik kat Jerteh. Masa ni pergi dengan ayah. (Tak ingatlah sakit apa. Bertahun sudah, lol!) Klinik tu namanya Klinik Aziz Zain. Masa dia check IJ dia tanya belajar kata mana..bla bla bla..IJ cakap la IJ baru nak masuk U. Soon will be in nursing. Then, the doc gave me a warm smile. Tetiba dia bagi IJ nasihat. Awak jangan risau. Mana-mana course pun susah (IJ tak ada cakap pun course nursing susah kat dia. Kan IJ dah kata IJ dengar orang ckp belajar misi kacang je!).
Setiap sem nanti awak mesti dapat dekan punya (heh!).
Dah kenapa pula doktor? IJ tanya dengan muka blur-blur.
Sebab soalan yang lecturer awak buat nanti tu, semuanya nak bagi awak dapat tinggi. Yang penting awak study.
Ala doktor ni. Ingat apa. Study2 jangan sebut.
THE END.

Pejam celik- pejam celik… masa berlalu hari demi hari, jadilah IJ seorang pelajar kejururawatan dengan rasa tak sukanya. Praktikal boleh dikatakan hancusss jugalah tapi ni bukan nak puji diri sendiri okey. IJ kalau bahagian teori, boleh dikatakan lebih sennag daripada praktikal. Memori otak IJ banyak tempat nak simpan agaknya. Hahahaha… IJ rasa IJ lebih ingat anatomi badan lah dari macam mana cara nak cucuk orang.
Target IJ setiap sem memang nak mendekankan diri sendiri. Jadi, setiap musim exam, jadilah IJ orang yang macam nak makan nota-nota. Berkepit segala hardcopy yang dah dibelajar. Tapi tentu sahaja dalam hidup ini, kerana kita bertuhan.  Tidak boleh lupakan Dia. Dia, sang pemilik ilmu. Waktu belajar kena ingat Allah, minta daripada Dia.
Dah kau belajar, dah kau usaha, kau tahu tak siapa yang kan bagi kau kejayaan tu.
Allah!
Jadi, belajar dan berdoalah. Sebab nanti Dia kabulkan.

Tapi, IJ rasa IJ ada satu penyakit setiap kali nak exam (ni cuma berlIJ masa IJ jadi pelajar di UNIMAS.. entahlah kenapa- kena jampi dengan kata-kata doktor tu nak mendekankan diri sendiri gamaknya.)

AMNESIA

Esok nak exam, mulalah mata IJ buat hal malam tu. IJ dah the end baca nota tu. Tapi bila IJ tutup lampu nak tidur..nota tu menghantui IJ bagai hantu. I thought I had experience eustsress. That actually force me to on the light back. Read again & again. Lepas tu. tutup lampu, amnesia lagi, last2 jam dah pukul 5 gitu, nak tidur apa lagi. Subuh dah nak oii.
That was so devastating, heartbreaking to be honest. Sumpah penat. Sebab amnesia ni menghantui IJ setiap kali nak exam je. Tapi kan..syukurlah (alhamdulillah).. di sebalik amnesia tu, tak ada pula  mata panda tu effect IJ setiap kali IJ pergi exam. IJ dapat jawab jugala apa yang IJ dok baca tu. Dan alhamdulillah dekan juga yang 3 sem amnesia tu. Terima kasih Allah.
Dan amnesia ni tamat dengan satu peristiwa.

Masa tu Tahun 2 Sem 1, Kolej Cempaka, Bilik Single.

I had a fever. A bad one. Esoknya nak exam. IJ risau sebab IJ tak baca nota lagilah!  Tapi IJ tidur sebab sakit. Dengan harapan nanti IJ bangun. Tapi.. IJ tidur sampai ke pagi..
Dan bila IJ bangun.. IJ tengok nota kat lantai. I was getting so confused be like pagi ke malam ni.  But I was too happy for being able to have a deep sleep. For the first time ever. Rasa gembira tu sampai IJ ambil handphone whatsapp kat grup family ) .. sebab first time IJ dapat tidur lena minggu exam. (Dan kelenaan itu melarat sampai Tahun 4.. Yahoo!!! No more amnesia lol! Tidurlah sepuas hati walau esok subject killer.  

Setiap kejadian tu berhikmah. Tu  la hikmah demam IJ tu.

 Orang cakap IJ ni kaki study lah.. (IJ tak peduli apa orang nak cakap kat IJ.. asal setiap kali IJ dapat result exam, IJ boleh call ma dengan ayah IJ dan cakap. Ma, ayah, Jah dapat dekan. IJ tak minta banyak pun..IJ nak dengar suara gembira mak bapak IJ je)
Dan satu lagi..IJ rasa IJ ni jiwa orang lamalah.. (Tak dapat nak masuk dengan Manusia Berlari dan segala Korea modern- Kalau IJ bosan IJ menghadap Winter Sonata je. Old school punya orang kot. I guess so. Sungguhla IJ tak dapat nak adapt!- IJ tak dapatlah nak tipu-tipu gelak bila tengok running Man tu sebab IJ tengok macam tak luculah.. Adoi! But, lain orang lain perception. It actually up to you nak tengok cerita apa, nak ketawa sampai bila as long as you know how to manage your time.

TIPS
Kalau nak tanya fasal tip- IJ tak ada tiplah.. Tip ni terlalu meluas.  Tekun. Usaha. Ikhlas. Bla bla bla.. Tapi satu je lah yang IJ tak pernah lupa..
IJ call ma dengan ayah IJ setiap kali nak masuk exam. (This was my kakak’s advice masa dia belajar di UPM dan berjaya with flying colours no need to pay for PTPTN). Kalau  minggu tu IJ ada empat exam berturut-turut. Empat kali tu lah IJ call ma ayah. Tak panjang pun IJ cakap (Ma, jah exam hari ni. Doakan Jah). Kalau ma dengan ayah tak angkat.. IJ hantar msej.. tak cukup dengan whatsap (ayah IJ, kalau IJ hantar wasap hari ni, tahun depan kot dia baca!).  Beberapa kali jugalah rasanya.. lepas exam dah habis, baru ayah IJ balas mesej IJ. Dia tulis. ‘Okay, selamat semuanya. Ayah solat hajat!)
Nak tahu kenapa kena minta ‘tolong’ mereka.

Kerana keberkatan itu daripada mereka. 

Satu lagi jangan lupa. Kau nak belajar something yang ‘duniawi’ kan. Kau ambillah yang bahagian ukhrawi tu dulu. Kau baca la Al-Quran tu paling-paling koman pun kau baca 1 muka surat. Dah malas sangat, baca Al fatihah sebelum belek nota ‘so-called’ duniawi tu.
Kawan IJ cakap. Nama dia I. Bersyukurlah. Sebab kadang2 IJ terkomplen bila dapat dekan tapi tak tinggi lagi (bagi IJ). Haha.

Ye lah kan.. Betul la Yan kata tu. Bersyukur tu penting.

Satu lagi (berapa banyak saTu ni?),  betullah apa yang doctor tu kata kan? Doktor di Klinik Jerteh tu . Kau fokus dalam kelas. Nanti kau akan rasa. Memang soalan yang keluar exam tu kebanyakan yang lecturer kau cakap ‘This is IMPORTANT & PLEASE TAKE NOTE’ time dia mengajar. Terima kasih daun keladi ye doktor, lain kali saya pergi klinik doktor, bagi rawatan free ya! Tapi dia sebalik fokus tu, tak dinafikan fokus bakal hilang. Kalau ikut research, fokus kita ni bertahan paling lama pun 20 minit terawal..lepas tu hilang ditelan kemengantukan. Dan research tu betul sebab IJlah antara orang yang hilang tu. Tapi dalam kelas IJ kan.. ada sorang ni dia cam tak normalla.. muah cikit, .sebab fokus dia mcm tak hilang-hilang..dia suka tulis nota & noted apa important tu. Dah la suka bertanya. Phewww.. bagus nak oii..

Jadi, kalau IJ khayal time kelas tu kan.. masa nak exam..mulalah IJ menempel cari nota dia.. snapshot apa yang dia tulis important tu.  Oh, that is what we call looking for a friend in a needy time. Thank you Meera.!

Btw, dalam kelas kau..mestilah kau tahu sape yang itu, sape yg ini. Pandai-pandailah nak cari ‘udara’ time alam terasa kelabu warnanya. Tambah2 nak dekat exam kan?.
Pernah jadi tak.. kau rasa kau banyaklah baca. Nak melimpah ruah dah ilmu kau ni. Tapi kawan kau cam relaks je.. Tapi alih-alih dia dapat result lebih kurang kau. Pernah lah IJ rasa cam ni. Macam tak puas hati kan (Geram lah). IJ dulu kompelin dalam hati sampailah kompelin tu surut bila IJ terjumpa AYAT AL –QURAN (maaflah tak ingat yang surah apa) Tapi maksudnya lebih kurang macam ni.

“Janganlah kita terasa iri dengan kelebihan orang. Setiap manusia ada bahagian masing2.”
So  true.

Kau gagal hari ini. Dia berjaya.
Tapi. Tak selamanya begitu kan.
Esok2 kau kahwin ngan anak Dato,. Kau lebih kayalah dari dia (heh! Tak ada kaitan)

Tu je. Tips IJ.

Oklah. Then dekan. 6/8. (Ya, IJ gembira. Tapi tak bangga sebab dalam kelas IJ, ada dua orang yang dekan 8/8. IJ jeles. Krik2x).  Sem 6 dan Sem 8. Tapi dua2-dua sem ni walau tak berdekan, taklah rasa kecewa sgt sampai nak rasa bunuh diri tu. Kenapa eh??
Memang tak dapat jawablah time exam.. Dah acane??
Tak dapatlah. Tak dekan. So bye.

Macam mana pun result korang. Tetaplah bangga. IJ yakin korang dah buat yang terbaik. Terkadang, ya, kita dah usaha sehabis mungkin, tapi Dia nak bagi begitu saja. Its okay. Jangan sedih. Hidup ini terlalu singkat untuk ditangisi apatah lagi diratapi (ni ayat dalam novel ke4 IJ.  Take noted!)
Dulu tak suka jadi misi. Tapi sekarang dah tak ada maknanya nak berpatah balik. IJ nak terus maju ke hadapan je. Lama-lama, bila dah ada specialty nursing, barulah IJ nampak warna warni dalam nursing ni

Untuk yang sedang belajar. (Belajar tu sampai ke negeri China tau) Jadi belajarlah.. walau ni kat Malaysia sekalipun. IJ pun tengah belajar kat Park City Medical Centre.

Usahalah,  nanti kamu berjaya.

Usahalah.. Usaha tangga kejayaan. 
Nanti engkau dapat melihat  betapa lebar senyum kedua orang tuamu.

Belajarlah..

Nanti kau akan terdengar ucapan tahniah daripada manusia yang paling kau cinta. Your parents. (Untuk yang telah ketiadaan mereka, yakinlah..mereka tentu bangga dengan kejayaan kalian)


I ended my nursing school with quite excellent result. Alhamdulillah. Thank you so much Allah yang Maha Baik. Paling penting, sebab ada buat side income job, kena buktikan bahawa dunia penulisan tidak pernah menghalang kejayaan❤️

-MISI-

Bahagia





Kita selalu mendoakan kebahagiaan kan? Kita sangat mengimpikannya. 

Bahagia itu angan-angan setiap manusia. 

Bahagia itu pilihan. Seperti malas dan rajin itu pilihan. Pilihan kita. Begitu jugalah bahagia.

Kita doakan bahagia pada setiap rintihan doa & sujud. Tetapi Allah selalu memberi ujian pada kita. Lantas, membuatkan kita merasa tidak bahagia. Kita kecewa kerana ujian datang bertimpa. Kita sedih kerana bahagia yang kita doakan tidak kunjung tiba.

Jangan begitu. Tuhan yang mencipta kita lebih tahu apa yang sesuai untuk kita. Orang beriman tidak mudah melatah. Dunia ini penjara buat kita yang beriman. Di akhirat nanti, kita akan masuk ke tempat yang tiada lagi dukacita. InsyaAllah.

Kita buta dalam menilai definisi bahagia.
Ada orang berdoa mahukan duit. Sebenarnya bukan wang yang dia mahukan. Hatinya mahu bahagia. Tuhan tidak memberinya wang, Tuhan memberinya bahagia dari arah yang tidak disangka-sangka.
Tuhan berikan dia keluarga yang sihat, hubungan kasih sayang dalam keluarga yang kukuh, makan pakai yang cukup. Tidakkah itu juga satu bentuk kebahagiaan.  

Kita terkadang iri melihat bahagia orang lain di dalam sekeping gambar. 
Namun, mungkin hakikatnya tidak begitu.
Boleh jadi, senyum yang terukir di dalam gambar itu palsu, sekadar untuk mengaburi mata yang memandang.

Bahagia itu ada pada hati yang selalu mensyukuri apa adanya.

Yakinlah... Tuhan kita, Allah Azzawajal Maha Adil. Dia pemilik bahagia. Kita akan bahagia jika kita tidak melupakan pemberi kebahagiaan.

PABILA KAU HADIR

Pabila Kau Hadir


SINOPSIS Pabila Kau Hadir

4th novel (Terbitan Mac 2019)


Tidak mudah melukis pelangi di langit yang tertinggi. Begitulah hidup seorang Izzah Ferhad. Ramai orang menyangka senyumannya menggambarkan kebahagiaan. Namun, hidupnya tidak semudah nama yang dimiliki. Ada duka yang terpahat di hati. Terkadang dia hanya ingin bersendiri, berbisik segala cerita pada angin, lalu mengalirkan air mata.

“I masih sayang. Dari dulu dalam hati I cuma ada you.”- Zainal

“Sudahlah tu Nal. Pergi pada dia. Dia yang selalu setia pada you.”- Izzah.

Iskandar Irsyad… Tiba-tiba, nama itu menjadi sebahagian daripada hidupnya. Lelaki itu penuh misteri. Hadir tidak terduga, perginya tidak dipinta. Reaksinya kadangkala ceria, kadangkala dingin dan beku. Dalam teka-teki, Izzah berbicara sendiri, lelaki itu sungguh istimewa.

Demi menghentikan sebuah fitnah, Izzah nekad. Iskandar dilamar untuk menjadi raja di hatinya. Lantas, semakin lama menyelami hati seorang Iskandar dalam sebuah perhubungan yang halal, Izzah tergamam. Benarlah, manusia yang terlihat bahagia itu punya cerita tersendiri.

Izzah menginsafi diri. Kisah yang terbongkar membuatkan cintanya semakin dalam terhadap Iskandar. Izzah menyemat janji, dia tidak akan pernah berhenti mencintai. Sayangnya, Iskandar masih tega melukai sehingga tiada ruang untuk dia terus memegang kukuh sebuah janji.

“Izzah, andai abang mampu ulang semula kisah cinta kita, abang tentu tak akan benarkan setitik pun air mata Izzah jatuh kerana abang, tapi abang tak mampu. Abang tak ada kudrat tu. Abang hanya lelaki yang tak ada apa-apa…” – Iskandar

“Abang, andai sahaja memaafkan itu semudah lafaz di bibir, tentu sudah lama Izzah maafkan.” -Izzah

Izzah terperangkap antara cinta dan dendam. Luka di hati tiada siapa yang mengerti. Namun Izzah tahu, cintanya buat Iskandar tidak pernah padam. Hanya Iskandar yang bertakhta di hati. Tetapi adakah Iskandar juga begitu? Mahukah lelaki itu sama-sama mencintai apa adanya? Mahukah lelaki itu berkongsi segala rasa dan dugaan mendatang bersama-samanya?

Jom baca reader's review on Pabila Kau Hadir

JUJURLAH SAYANG


3rd novel (Terbitan Mac 2017)

Sinopsis JUJURLAH SAYANG

Noah dan Aira... dua nama yang punya kehidupan berbeza. Ibarat, seorang di utara, seorang di selatan. Aira menyembah Dia. Sedangkan Noah tidak percaya kepada Yang Maha Esa. Tidak pernah sebulu. Mereka bertemu dalam keadaan tidak diduga, sungguh memalukan. Saling kenal dan saling sayang.

“You are not a friend of Jammy?”
“Nope!”
“Then?”
“A stranger that want to use a toilet. Just for a while.”

Bukan Aira yang meminta, tetapi Noah yang tidak sabar, lantas hubungan itu termeterai dengan janji suci. Hidup bersama, terlalu banyak rahsia Noah yang terbongkar setelah itu. Aira bingung dan keliru. Apakah dia tersalah memilih Noah sebagai teman hidup?

“You’ve lied to me. Everything about you was a lie.” - Aira Al-Imani

Noah diam mengiakan. Hati juga mengakui, perhubungan mereka dimulai dengan sebuah pembohongan. Dia cuma punya cinta yang lahir dari sekeping hati. Tetapi, apakah Aira mengerti rasa yang tidak pernah padam itu?

Telah Aira serahkan seluruh cintanya buat Noah, namun saat kejujuran dipertaruhkan, seluruh hidupnya menjadi gerhana. Badai yang menghimpit memaksa Aira pergi membawa diri.

Masih adakah ruang dan peluang untuk Noah meraih kembali kepercayaan Aira? Benarkah sudah layu cinta yang dulunya mekar dalam hati Aira buat Noah?

Jom baca reviews JS
Click here❤️

SUGARLICIOUS (SE SKJ)

SUGARLICIOUS (SE SKJ)
(Gabungan 6 buah novel)


SINOPSIS SUGARLICIOUS
(Special Edition Saat Kau Jauh)

SAAT KAU JAUH – IZZ JAJA
“Ikhlah kawan, Ikhlah teman, Ikhlah sahabat, tempat Ana berkongsi duka, tempat Ana berkongsi gembira. Tanpa Ikh, hidup Ana tak bererti.” -Ana
“Kita sama-sama saling menghargai, ya sayang. Let’s live our life to the fullest.” – Ikhwan

IVY RAIHANA- JAJA AHMAD
“I’ll do anything for you baby, just to make you smile. Because you look beautiful when you smile to me.” - Fayed.
“That’s why I love you. Saya tak pernah jatuh cinta and I am so lucky to fall in love with you sayang.” - Ivy
“I am so lucky to fall in love with you too baby. Bidadari saya dunia dan akhirat insya- Allah.” – Fayed

1ST CLASS MISTRESS – SARA KYOKO
“If I were a superhero, guess which one I’d be?” - Yusuf
“Hmm... Ironman? Superman?” - Jasmine
“Nope.” - Yusuf
“Batman?” - Jasmine
“Bukan.” - Yusuf
“Takkan cicakman? Habis tu?”” - Jasmine
“I’d be your man, sayang. Your man.” – Yusuf

AKAD KEDUA – ANA EIMAYA
“Tapi, yang di depan abang ni sampai mati abang akan cinta. Sayang may not my first love, first sight, first kiss, or first date. But, sayang is my last and my everything.” - Khuz
“Abang... dahaga tak?” - Dhia
“Uhuk! Sangat-sangat. Abang dahagakan belaian daripada sayang.” - Khuz
“Kalau macam tu, Nescafelah ek?” - Dhia
“Nescafe? Okey, abang bawak AA naik tidur sekarang jugak!” - Khuz

RAFIQUE’S GIRL – LYNN SAFIYA
“I am what I am now because of you, girl. Awak saja yang mampu buat saya berubah macam ni. I feel free... and so alive!” - Rafique
“Saya sayang sangat kat awak, Fiq. Awak syurga saya...” – Dhamira

1B3K – ISMA ADELIYA
“Cinta itu manis bila kita sama-sama berkongsi kepahitan. Abang cinta Fina dalam setiap rasa yang melingkari hidup kita.” - Rifqi
"Abang serik tak jatuh cinta dengan Fina?" -Fina
"Never! Fina anugerah terindah dalam hidup abang." - Rifqi
 


Jom baca reader's review on Sugarlicious


SAAT KAU JAUH


2nd novel (Terbitan Mac 2016 )

SINOPSIS SAAT KAU JAUH


NURUL ANA LIYANA - Menjadi seorang gadis yang dibenci keluarga bukan sesuatu yang mudah buatnya. Malah, dia tidak pernah diberi ruang untuk mengungkap kata sayang. Pedih dan sakit dalam hati hanya dia yang mengerti. Dia terkapai-kapai mencari harga diri. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk mengecap bahagia. Sekali pun tidak. Sesaat pun perasaan itu tidak pernah wujud dalam kamar hatinya.


“Segala-galanya terlalu sakit untuk diingati. Terlalu luka untuk diubati.”- Ana Liyana

IKHWAN FAZAIL - Lelaki yang punya segala-galanya, cukup lengkap untuk lelaki semuda dia. Kemewahan menjadikan dia lupa kepada Sang Pencipta. Dia buaya darat yang dikenali ramai. Kasih Ikhwan buat Narisha seorang, namun keinginannya hanya kepada Ana Liyana, gadis yang ingin dia takluki. Sungguh, dia hanya mahu wanita itu menemani lenanya.

“Kalau pun seluruh dunia tak sukakan you, I takkan sesekali benci pada you, Ana.” – Ikhwan Fazail

Hebatnya rencana Ilahi, Ana dan Ikhwan akhirnya bersatu sebagai suami isteri. Dalam terpaksa dan separuh rela, Ana menyerah. Aturan takdir itu bukan kehendaknya. Penyatuan itu diharap dapat menjadi tempat untuk dia menumpang kasih. Sayang sekali, Ikhwan masih dengan egonya, sekalipun hati kecilnya mengakui betapa dia menginginkan Ana sebagai isteri. Cinta dan kasih sayang dipertaruhkan. Dendam dan hasad dengki akhirnya memisahkan mereka.

Pantasnya waktu berlalu menyaksikan perubahan kepada seorang Ana Liyana. Dia bukan lagi gadis naif yang jelik untuk dipandang. Pedihnya memori silam telah mengajar hati Ana untuk menjadi seorang wanita yang lebih tabah dan cekal. Bagi Ana, cukuplah derita semalam. Dia tidak mahu berpaling lagi.
Lantas, saat Ana menjauh, hati Ikhwan berbisik syahdu...

“Hanya Ana yang I dambakan.”

Jom baca reviews SKJ
Click here❤️

PERMAISURI HATI


1st novel (Terbitan Sep 2015)

SINOPSIS PERMAISURI HATI

“… dulu saya anggap cinta itu manis dan mendamaikan, tetapi sekarang cinta itu hanya sesuatu yang melukakan bagi saya.” – Amalina Bashira

NIZAM… Aku tidak pernah mengerti di mana silapku, sehingga begitu tegar kau melafazkan kata perpisahan. Tidak cukupkah cinta yang kita bina bertahun lama? Tapi... tidak! Kesalahan bukan daripada pihakku. Aku juga bukan bodoh. Kerana itu, tidak mungkin aku mengalah. Aku akan terus mendongak ke atas, mencari sejalur sinar bahagia di langit Tuhan.

“Dulu abang cintai Lina. Lina dekat tapi abang jauhkan diri. Mungkin karma. Sekarang abang masih cintakan Lina. Walaupun dekat, terlalu jauh untuk abang capai.” - Nizam

RAFAEL HAMDANI... Kehadiranmu mendamaikan hati. Engkau bagaikan hembusan-hembusan cinta yang membangkitkan semangat. Engkau di sisi saat sakit di dada ini belum padam sepenuhnya. Aku juga ingin merawat luka dan pedih di hatimu. Apakah engkau sudi menggenggam tanganku, bersama-sama berlari mengejar cinta?

“… mungkin I tak sehebat lelaki impian you, I mungkin bukan lelaki yang selalu hadir lewat mimpi-mimpi indah you, tapi I akan cuba jadi yang terbaik untuk memenangi hati you…” - Rafael

ZAHID... Aku tidak pernah mengenali dirimu. Jauh sekali mendambakan kasih sayangmu. Aku tidak tahu sejak bila engkau mencintaiku dalam diam. Sungguh, aku hargai perasaanmu. Tapi maaf, kita tidak mungkin bersama. Aku sudah punya dia... dia yang sangat mengerti hatiku.

“Hati I tetap pilih you. Kalau you masih tak bersedia, I boleh tunggu Lina. Just give me a little hope.” - Zahid

Aku wanita biasa, namun antara ketiga-tiga lelaki ini, aku hanya ingin menjadi permaisuri hati untuk seorang sahaja…

Jom baca reviews Permaisuri Hati
Click Here❤️

Back to the blogger world

Friday 29 May 2020



After soooo long tak buka blog. Sebenarnya, bukan tak nak buka tapi tak ingat password. Not only password, sekali dengan email pun IJ lupa. As time passed by, IJ pun dah lupa oh I previously had a blog. Punya lama sampai dah keluar dua buku baru. 4 years kot.

2016 was during my student time. Now I become a staffnurse, jadi student balik and come back to work already. Lamanya tuh. Mungkin juga kerana kekangan waktu. Orang kata, busy is always an excuse. Tapi memang busy acanerr? 

Time flies really fast, then. Begitulah hidup kita kan. Masa berlalu, kita pun makin berubah, makin matang menghadapi kerenah hidup, hadapi all the obstacles yang mendatang. Kita menjadi dewasa dengan masa. Mungkin juga jadi makin cantik. Hehe, Opss..Penampilan is something important to look for, ya...

Ok, let's get back to the story, maybe because of the MCO, i feel kinda free plus bored of having a monotonous life. Habis buku IJ belek, lenguh tangan scroll fb, my mind divert to my previous blog. Heh, then try retrieving password, username, all those gmail yang boring tu, few times then alhamdulillah... so happy dapat my blog yang dah bersawang ni.

Im going to put all those older post into recycle bin, maybe just leave behind one or two, as a prove pernah post something over here on 2016😙

And here, I'm not going to share about my novel or cerpen only. Let's enjoy something better yeayy. Sorry to say that, IJ memang masih menulis, but it just getting slow & slower. Hahaha

Gonna update once free only. Now tengah tunggu my team leader habis passing over report. See you when I see you

Blogger Tips and Tricks