Bahagia

Saturday 30 May 2020





Kita selalu mendoakan kebahagiaan kan? Kita sangat mengimpikannya. 

Bahagia itu angan-angan setiap manusia. 

Bahagia itu pilihan. Seperti malas dan rajin itu pilihan. Pilihan kita. Begitu jugalah bahagia.

Kita doakan bahagia pada setiap rintihan doa & sujud. Tetapi Allah selalu memberi ujian pada kita. Lantas, membuatkan kita merasa tidak bahagia. Kita kecewa kerana ujian datang bertimpa. Kita sedih kerana bahagia yang kita doakan tidak kunjung tiba.

Jangan begitu. Tuhan yang mencipta kita lebih tahu apa yang sesuai untuk kita. Orang beriman tidak mudah melatah. Dunia ini penjara buat kita yang beriman. Di akhirat nanti, kita akan masuk ke tempat yang tiada lagi dukacita. InsyaAllah.

Kita buta dalam menilai definisi bahagia.
Ada orang berdoa mahukan duit. Sebenarnya bukan wang yang dia mahukan. Hatinya mahu bahagia. Tuhan tidak memberinya wang, Tuhan memberinya bahagia dari arah yang tidak disangka-sangka.
Tuhan berikan dia keluarga yang sihat, hubungan kasih sayang dalam keluarga yang kukuh, makan pakai yang cukup. Tidakkah itu juga satu bentuk kebahagiaan.  

Kita terkadang iri melihat bahagia orang lain di dalam sekeping gambar. 
Namun, mungkin hakikatnya tidak begitu.
Boleh jadi, senyum yang terukir di dalam gambar itu palsu, sekadar untuk mengaburi mata yang memandang.

Bahagia itu ada pada hati yang selalu mensyukuri apa adanya.

Yakinlah... Tuhan kita, Allah Azzawajal Maha Adil. Dia pemilik bahagia. Kita akan bahagia jika kita tidak melupakan pemberi kebahagiaan.

0 comments:

Post a Comment

Blogger Tips and Tricks