Pada
suatu pagi, buka fb ramai pembaca tag IJ mentioning that SKJ masuk paper. Eh??
Reviews on PH
Permaisuri
Hati. Tak tahu dari mana tetibe muncul tajuk tu.
Tapi
sebenarnya kerana Permaisuri Hatilah IJ dikenali ramai pembaca (ye dak?). Masa tu, dapat
banyak sangat positive feedback. Alhamdulillah. Ramai pembaca tegar yang add facebook. Semuanya IJ approve. IJ tahu perasaan nak kenal pembaca tu acane. Zaman-zaman giler membaca dulu, rasa nak sangat tengok muka penulisnya. Hehe
Rasanya fb friends yang now dah up to 4k ++ tu tak kenal pun. Maybe yang kenal pun 20% je kot. Others are readers yang add friend. Time keluar buku ni, siap ada yang suggest buka instagram sebab ada pembaca nak kenal IJ tapi tak ada fb. IJ dulukan budak kg (eh, sekarang budak bandar ke??), I was not sooo into media social. Dulu nak add gambar dkat fb pun bukan main susah. Tak reti.
Buku ni IJ pernah hadiahkan pada lecturer subject Bahasa during my third year on the last class, on the last day. A few months later, dia tak tahu macam mana nak contact IJ, dia contact CEO company bagi review. Rasa terharu sungguh. Apart from that, thanks a lot for all the positive or negative feedbacks. Semuanya IJ hargai.
Sekali lagi, IJ nak kata, tanpa pembaca, siapalah penulis
Rasanya fb friends yang now dah up to 4k ++ tu tak kenal pun. Maybe yang kenal pun 20% je kot. Others are readers yang add friend. Time keluar buku ni, siap ada yang suggest buka instagram sebab ada pembaca nak kenal IJ tapi tak ada fb. IJ dulukan budak kg (eh, sekarang budak bandar ke??), I was not sooo into media social. Dulu nak add gambar dkat fb pun bukan main susah. Tak reti.
Buku ni IJ pernah hadiahkan pada lecturer subject Bahasa during my third year on the last class, on the last day. A few months later, dia tak tahu macam mana nak contact IJ, dia contact CEO company bagi review. Rasa terharu sungguh. Apart from that, thanks a lot for all the positive or negative feedbacks. Semuanya IJ hargai.
Sekali lagi, IJ nak kata, tanpa pembaca, siapalah penulis
The Last Slide
Ketika
berada di bilik kuliah, agak-agak anda apa yang terjadi kepada pelajar-pelajar
di dalamnya?
Situasi A:
1) Lima
kali menguap selepas sepuluh minit?
2) Gelisah
tak tentu arah?
3) Masuk
telinga kanan, keluar telinga kiri?
4) Pusing
sana, pusing sini, Menggeliat sampai sakit tulang belakang? Opss!
5) Keluar
masuk tandas?
6) Krik-krik?
Situasi
B :
1) Masih
segar bugar sampai ke saat terakhir?
2) Semuanya
masuk ke otak. Alhamdulillah.
Oh!
Itu hanya senarai kemungkinan-kemungkinan yang boleh saja terjadi. Atau mungkin
juga anda dan saya memang melaluinya. Saya serahkan jawapan itu untuk anda
membulatnya. Saya pasti anda lebih arif mengenai diri sendiri, betul tak?
Itu sekadar mukadimah sahaja.
Persoalan
yang seterusnya ialah apa yang sebenarnya ditunggu oleh pelajar yang menghadapi
situasi A dan B itu?
Jeng!
Jeng! Jeng!
The
last slide. Dengan perkataan “TERIMA KASIH @ THANK YOU”
Saya
percaya itulah yang diinginkan oleh semua. Termasuk saya tentunya. Mereka yang
tergolong dalam situasi A tu tak perlu nak dipersoalkan lagi, the last slide
memang menjadi impian dan angan-angan seawal kelas bermula lagi. Situasi B?
Ehmm.. walaupun mereka jenis golongan yang mungkin di barisan hadapan dan
terkenal dengan dean list student, tentu tetap tercuit di hati mereka
dengan soalan.. hai..bila nak habis ni??
Dan
lagi. Persoalannya. Siapakah di antara dua situasi yang lebih beruntung? Tidak
syak lagi situasi B itu lebih baik keadaannya. Kerana mereka memilih untuk
terus mengambil isi yang diajar dan
menghalang setiap cubaan dan halangan yang mungkin boleh membuatkan
mereka terjebak ke dalam situasi A. Tak dinafikan, tentu sekali mereka kadangkala
terleka, perasaan mengantuk datang menyapa namun cepat sahaja mereka sedar
diri. Terus kembali ke alam realiti.
Teman-teman,
begitulah dalam hidup ini. Kaya. Miskin. Cantik. Hodoh. Suka atau duka hidup
ini, kita semuanya menjadi penunggu. Sesungguhnya kita sedang menanti ‘the last
slide’. Sebuah penghujung yang tiada hujungnya.
The
Last Slide = Kematian
Dalam
kehidupan ini, ingatlah, kita perlu menjadi penentu untuk the last slide
yang akan kita hadapi nanti. Kitalah yang melakar dan mencorak bahagian akhir
itu. Baik atau buruk. Selagi belum sampai perkataan terakhir, kita masih mampu
mewarnai hidup ini agar kita akan memperoleh the last slide dengan hati yang
sungguh puas.
Teman-teman,
masih ada masa..
kerana
saat ini, detik ini, waktu ini, masih ada guru yang mengajar, biarpun kita
kadangkala jauh terleka, kembalilah, kembalilah mendengar apa yang dituturkan
oleh sang guru itu. Mudah-mudahan kita akan pulang dan pergi dengan kegembiraan
yang tiada tara. Jadikanlah ucapan
terima kasih di slide terakhir itu sesuatu yang memberi manfaat kepada diri
kita. Ucapan terima kasih di hujung hayat adalah sesuatu yang indah untuk
menghadapi hari selepas berakhir kuliah itu.
Ayah yang menghargai!
Seorang
ayah. Dari benihnya kita datang dengan izin Allah. Dengan tangan dan kasih
sayangnya kita membesar. Kata orang, anak-anak lebih rapat dengan si ibu. Benarkah
begitu? Mungkin ya, mungkin juga tidak. Lantaran selama sembilan bulan.. di
dalam rahimnya kita menumpang.. setelah itu menyusu pula lebih kurang dua
tahun. Sedang seorang ayah bertungkus-lumus mencari sesuap nasi. Pulangnya
hanya pada tengah malam. Ketika anak-anak sudah lama dibuai lena. Lalu, si ayah
hanya menatap wajah anak-anak buat beberapa saat. Tidak sempat untuk
mengucapkan selamat malam pun. Jadi, apabila ditanya, seseorang lebih tegar
menjawab..
“Saya
lebih sayang ibu saya”.
“Biasanya
dengan ayah tak ada apa-apa nak cakap”.
“Saya
tidak rapat la dengan ayah”.
Oh!
Begitukah?!.. Terasa kedengaran kejam di pinggir telinga. Pada saat insan lain
begitu mendambakan kehadiran seorang ayah. Anda mengatakan anda tidak berapa
sayang dengan ayah anda. Anda tidak melihat pengorbanannya, tidak merasai
telapak tangannya yang kasar kerana tuntutan kerja demi menyuap kita dengan
sesuap nasi.
Sesungguhnya
lumrah seorang lelaki, dia tidak menunjukkan kasih sayangnya secara
terang-terangan. Mungkin bukan semua tetapi agar sukar untuk mencari seorang
ayah yang menghantar mesej pada anak-anak dengan mengatakan. “Ayah sayang anak
ayah”.
Sedarkah
kita.. pada saat kita berjauhan dengan ibu bapa.. kita lebih suka menelefon
ibu… langsung tidak bertanya perihal ayah. Tidak langsung bertanya khabarnya.
Padahal mungkin tanpa kita sedari, ayah sedang mendengar percakapan kita dengan
si ibu. Dia sedang menempel di sebelah ibu. Dia mahu sekali kalau telefon itu
dilekapkan di telinganya tetapi tidak punya modal untuk memulakan perbualan.
Lantas, dia biarkan kerinduan di dalam dadanya terkubur begitu sahaja.
Seorang
kakak, berumah tangga dalam usia seawal 21 tahun. Kemudian, menyambung
pelajaran di UPM. Terasa kesuntukan masa, perlu membahagikan masa antara rumah
tangga dan pelajaran. Dan tiba-tiba sahaja dia merasakan seperti tidak lagi
punya masa untuk ibu bapanya. Namun demikian, setiap kali musim perayaan, pada
hari lahir ibu dan ayahnya, dia menghantar kad ucapan dari jauh. Menyatakan
kerinduannya terhadap mereka berdua.
Bertahun
berlalu, ayah dan ibunya sudah dimamah usia. Dia juga sudah punya keluarga
sendiri. Hanya dua tiga kali sahaja dalam setahun dia berpeluang menjenguk ayah
dan ibunya. Satu hari, dia terpandangkan kad ucapan hari raya yang pernah dia
titipkan kepada ayahnya. Dia celah-celah Al-quran yang selalu dibaca ayahnya.
Sungguh, dia jadi terharu. Sebak. Setelah bertahun lamanya, kad hari raya yang
sudah hampir kekuningan itu masih wujud lagi. Dijaga baik oleh seorang ayah.
Tidak dibuang.
Begitulah..
kasih seorang ayah. Kadangkala, ayah tidak menyatakan tetapi dia menunjukkan
dengan tindakannya. Seorang ayah yang menghargai! Mudah-mudahan anak-anak juga
akan menghargai kasih sayang yang lahir dari hatinya yang luhur😍
Doa yang DIMAKBULKAN-Part 1
(Pic was taken by my baby brother)
Orang beriman itu punya satu senjata. Doa. Itulah
senjata kita. Doa itu tanda pengharapan seorang hamba kepada Tuhannya. Doa
menandakan kita sedar kita tidak punya apa-apa. Berharap hanya kepadaNya
semata-mata.
Malam ini, IJ mahu bercerita tentang satu doa, yang IJ
pohon sedari kecil lagi.
Dulu-dulu, waktu itu masih sangat kecil tetapi IJ
selalu meminta supaya Allah izinkan IJ menjejak kaki ke Tanah suci dalam umur
muda. Setiap kali melihat Kaabah, di dalam sekeping gambar atau di dalam tv, itulah doa yang tak putus sejak
dulu.
‘Ya Allah, izinkanlah aku menjejakkan kaki ke rumahmu
ketika muda’.
Waktu itu, doa sungguh tulus kan? Kita adalah anak kecil
yang suci hatinya.
Jalannya terlihat begitu kabur. Memanglah ma dan ayah
bukan orang susah, tetapi nak kata mewah tidak juga. Kawan-kawan IJ selalu
menyangka ma dan ayah IJ kaya, padahal kita lebih tahu keluarga kita. Hidup
biasa-biasa sahaja. Tidak pernah bermewah mewahan seperti orang. Ma bukan jenis
yang terlalu mudah memberi bila anak-anak meminta. Usaha kemudian dapat. Not in
the blink of eyes seperti orang yang lahir di atas dulang emas.
Tahun demi tahun berlalu, doa selalu ada. Di usia muda. Itulah doa IJ. Sebenarnya, based on my view, orang Malaysia ni ada satu
perception, pergi Mekah, buat haji buat umrah bila usia dah meningkat je (maaf
andai tersilap). Padahal, masa mudalah kita nak ke sana. Ibadah ketika tenaga
masih kuat dan kental.
Dipendekkan cerita, habis belajar di Sarawak, kemudian
kerja. Ayah pun pencen sudah. Tiba-tiba ayah call tanya “Kak Jah nak pergi
umrah tak, ayah belanja!”
IJ rasa terkedu di situ. Ingatkan ayah gurau je. Ayah
kata ayah dah niat, bila dah pencen, ayah nak bagi anak-anak ayah dua choice.
Nak duit/ nak pergi umrah dengan ayah. Haaa.. memanglah tak adanya nak kelabu
mata ke apa. Memang pilihan kedua itulah yang terpilih (Anyway, duit yang ayah
nak bagi tu sama je nilainya dengan tajaan pi umrah).
Allah, I was so happy back then. Masa tu fikir, Allah,
Kau sungguh baik. Kabulkan doa & permintaanku. Syukur sangat.
Adalah cerita sedih sesudah itu. Tak dapat cutilah,
itulah inilah. Sebab baru kerja, payahlah senior nak bagi junior cuti lama. Dah
mai dah sedih tu.
Whatever, kalau Allah kata jadi, maka jadilah
Walau family dekat Terengganu, IJ dekat KL, selamat
juga impianku. Kursus umrah pun IJ tak pergi. Baca bukunya aje. Lepas tu
sibuklah tanya ayah sepanjang umrah tu.
I was so grateful. Tak terungkap perasaan tu.
Kalau nak tanya doa apa yang paling besar yang pernah
Allah makbulkan, itulah doanya.
Nak cerita panjang lagi tapi cukuplah dulu ya.
Ingat tu, jangan pernah putus asa dalam berdoa. Sabarlah
menanti doa terhijab.
Sesungguhnya, hanya orang-orang yang bersabarlah yang
dicukupkan pahala mereka tanpa batas (Az Zumar 39:10)
Now, during this Covid 19 season, tgk gmbr Mekah & Madinah pun rasa sedih. Sayu je hati. One fine day, I wish i will be there again, with the one I love. Amiin
Now, during this Covid 19 season, tgk gmbr Mekah & Madinah pun rasa sedih. Sayu je hati. One fine day, I wish i will be there again, with the one I love. Amiin
p/s: sedihnya, banyak gambar pergi umrah dah hilang sebab phone hilang. Phone jatuh dari motor sebab tuannya bawak laju sgt🙆
DOA yang DIMAKBULKAN-Part 2
IJ ingat, novel pertama yg IJ baca tajuknya Nota Cinta
Buatmu karya Norhayati Berahim. Masa tu umur 10 tahun.
Lepas tu dah jadi kaki novel- yang tegar. To be
honest, IJ memang banyak membaca novel. Banyak giler. Tapi bukan jenis beli
novel sebab ma mmg tak suka anak anak bazirkan duit utk novel (kalaupun ada,
tidaklah smpai bertingkat2). IJ akan ke library sekolah, library daerah, pinjam
dengan kawan2. 4 atau 5 kampung di daerah Besut tu IJ pergi demi buku. Sampai
library punya orng pun kenallah muka IJ. Jenis datang, direct pergi rak buku,
pinjm dan balik. Membaca kena smbil landing atas katil, baru datang moodnya.
IJ ada satu buku utk catat buku apa yg IJ baca. Sekali
dgn nama hero & heroinnya sekali. Hahaa...apalah haiiii.
Rasanya dari umur 10 tahun sampai 17 tahun, catatan tu
mencecah angka 300 buah😄
Sampailah satu masa, ada doa dalam hati nak tulis
novel sendiri. Waktu tu, rasanya masih budak-budak. Jadi, niat tu tentulah
sekadar suka-suka saja.
Tapi bila banyak sangat membaca, sebenarnya,
automatically tangan pun rasa gatal nak menulis.
IJ pun mulalah menulis seawal usia 14 tahun. Menulis
guna komputer yg besar kat ruang tamu. Ingat dulu setiap kali ayah lalu
kat ruang tamu, IJ pun buat-buat busy mengadap benda lain kononnya. Sebab ayah
tak berkenan IJ tulis novel. Katanya berangan😂😂😂
Tapi tentulah ayah tahu, mungkin ayah hanya buat-buat
tak nampak saja. Manuskrip pertama tu siap masa umur 16 tahun kot.
Tajuk novel tu Daerah Hati Kita. Ingat lagi tuh.
Perghh.. tajuk tuh dh macam apa dah. Dah siap, mss tu ada dlm laptop smpai
skrang tak keluar. Bukan tak nak hantar tp bila proofreads rasa macam alamak so
childish. Malulah nak hntr ke company penerbitan.
Nanti confirm 'kena' kaw kaw punya.
Actually boleh je nak try. Nothing wrong in trying
something, right? IJ dah byk kali cuba mengedit, making it a better book to be
read. Tapi tak satisfied juga. Nanti- nantilah. Hehe. Jangan main main dengan
perkataan "Nanti- nanti" sebab biasa akan end up dengan tak jadi🤪
Lepas tu mula menulis pulak Jangan Pernah Berubah
(Tajuk skrang Saat Kau Jauh). Siaplah masa umur 17 tahun.
Then, after SPM, waiting for SPM result actually,
dapat pula idea baru berjudul Permaisuri Hati.
Dah banyak mss tersimpan dalam laptop. Sungguh, ia
hanya untuk simpanan. Sekadar baca sendiri luahan fikiran.
Namun, siapa sangka daripada main-main jadi kenyataan
pula. Nyata, Allah Mendengar, rupa-rupanya Dia kabulkan doa awal2 tadi.
Menulis, baca sendiri dan dibaca pula oleh orng lain.
Alhamdulillah, dua manuskrip awal tu. Daerah Hati Kita
dan Saat Kau Jauh selamat dihantar pada satu penerbitan ni. Tapi, IJ tarik
balik atas sebab2 tertentu.
Rezekinya Permaisuri Hati yang dulu keluar ke pasaran
pada Sep 2015. Alhamdulillah untuk semuanya.
Now, almost five years berada dalam dunia penulisan.
IJ bergelar penulis.
By the way, IJ nak cakap je, bila jadi penulis ni,
baru tahu ada juga yg pesimis terhadap penulis ya. Terutamanya penulis
genre cinta.
Abaikan.
Mereka yang dok pikir negatif tu tak pernah baca pun
novel yang kita tulis.
Dan, untuk yang pernah belek dan baca, suka atau tak.
Terima kasih tau 😍😍😍
Tak ada pembaca, tak ada lah penulis
Haa..lagi satu, bila buku dah keluar tu, jangan happy
sangat sebabnya nnti nak baca review pembaca sangat mendebarkan. Ada yang jenis
review direct to the face. Kalau yang jenis komen positive, ok. Tapi yang jenis
review negatif mmg rasa alamak, tak layak ke buku aku ada di pasaran?
Anyhow, I learnt something. Kita tak dapat puaskan
hati semua orang. Write what we love to. Be ourselves. Jangan jadi seperti
lalang. Ke kanan ke kiri tanpa pendirian. But, ambil kira komen pembaca to
improve our writing is also crucial.
Menulis ni perlukan jiwa. Ij jenis yang menulis perlu
dalam keadaan "in the mood", bukan cuma hentam kromo, target nak siap
je.
Apa apa pun, i do enjoy writing. It released something
inside me. I love it.
Anyhow, Im getting old. Rasanya sudah puas membaca
novel. Pusing sana pusing sini, lastnya happy ending. Sesekali, ada juga yg sad
ending which is not my cup of tea. Haha.. (Hakikat, takdir hidup ini tak
semuanya indah)
IJ dah beralih bahan bacaan. Penuhi diri dengan buku
buku motivasi, kisah kisah nabi, buku amalan, buku keagamaan. Nak
membaca novel sekarang pun, IJ jadi pemilih sangat. Novel yang betul-betul masuk
dengan jiwa je yang IJ akan baca.
Baca Al Quran pun in the list juga. Baca. Baca. Baca. Malas macam mana pun, bacalah kalam Allah tu. Tetapkan waktu membaca Al Quran. Kalau malas dua helai, sehelai pun jadilah. Baca Al Quran sehuruf dapat 10 pahala tau. Mana nak dapat tu? Moga-moga ia bermanfaat. Di sini & di 'sana' nanti. Amiin.
Baca Al Quran pun in the list juga. Baca. Baca. Baca. Malas macam mana pun, bacalah kalam Allah tu. Tetapkan waktu membaca Al Quran. Kalau malas dua helai, sehelai pun jadilah. Baca Al Quran sehuruf dapat 10 pahala tau. Mana nak dapat tu? Moga-moga ia bermanfaat. Di sini & di 'sana' nanti. Amiin.
Doakan. Meskipun beralih bahan bacaan, IJ masih
menulis even in slow motion pun.
-Sang Penulis-
Sekeping Hati❤️
Dari mata jatuh ke hati.
Dari hati terbitlah sayang.
Hati adalah penggerak segala.
Hatilah yang dipandang Tuhan.
Hatilah yang memiliki keimanan atau kekufuran.
Hati jangan dibiar mati.
Hati harus dibajai dengan cinta selalu.
Boleh jadi,
hati mengkhianati tuannya.
Boleh jadi hati inginkan kebaikan,
tetapi tidak selari dengan akal pemiliknya.
Hati sedih, Allah tempat mengadu
Hati susah, Allah tempat meminta
Hati gembira, Allah tempat bersyukur
Sedarlah, hati yang terdapat pada tubuh,
Meskipun ia ada di dalam dada kita
Hati itu tetap bukan milik kita.
Hati ini milik Allah SWT
Hati wajib dipandu agar mencintai Tuhan nan satu
Kerana ternyata Dialah pemilik hati❤️
Subscribe to:
Posts (Atom)


























































