The Last Slide

Monday 1 June 2020



Ketika berada di bilik kuliah, agak-agak anda apa yang terjadi kepada pelajar-pelajar di dalamnya?

Situasi A:

1)    Lima kali menguap selepas sepuluh minit?
2)    Gelisah tak tentu arah?
3)    Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri?
4)    Pusing sana, pusing sini, Menggeliat sampai sakit tulang belakang? Opss!
5)    Keluar masuk tandas?
6)    Krik-krik?

Situasi B :

1)      Masih segar bugar sampai ke saat terakhir?
2)      Semuanya masuk ke otak. Alhamdulillah.

Oh! Itu hanya senarai kemungkinan-kemungkinan yang boleh saja terjadi. Atau mungkin juga anda dan saya memang melaluinya. Saya serahkan jawapan itu untuk anda membulatnya. Saya pasti anda lebih arif mengenai diri sendiri, betul tak?

Itu sekadar mukadimah sahaja.

Persoalan yang seterusnya ialah apa yang sebenarnya ditunggu oleh pelajar yang menghadapi situasi A dan B itu?

Jeng! Jeng! Jeng!

The last slide. Dengan perkataan “TERIMA KASIH @ THANK YOU”

Saya percaya itulah yang diinginkan oleh semua. Termasuk saya tentunya. Mereka yang tergolong dalam situasi A tu tak perlu nak dipersoalkan lagi, the last slide memang menjadi impian dan angan-angan seawal kelas bermula lagi. Situasi B? Ehmm.. walaupun mereka jenis golongan yang mungkin di barisan hadapan dan terkenal dengan dean list student, tentu tetap tercuit di hati mereka dengan soalan.. hai..bila nak habis ni??

Dan lagi. Persoalannya. Siapakah di antara dua situasi yang lebih beruntung? Tidak syak lagi situasi B itu lebih baik keadaannya. Kerana mereka memilih untuk terus mengambil isi yang diajar dan  menghalang setiap cubaan dan halangan yang mungkin boleh membuatkan mereka terjebak ke dalam situasi A. Tak dinafikan, tentu sekali mereka kadangkala terleka, perasaan mengantuk datang menyapa namun cepat sahaja mereka sedar diri. Terus kembali ke alam realiti.
Teman-teman, begitulah dalam hidup ini. Kaya. Miskin. Cantik. Hodoh. Suka atau duka hidup ini, kita semuanya menjadi penunggu. Sesungguhnya kita sedang menanti ‘the last slide’. Sebuah penghujung yang tiada hujungnya.

The Last Slide = Kematian

Dalam kehidupan ini, ingatlah, kita perlu menjadi penentu untuk the last slide yang akan kita hadapi nanti. Kitalah yang melakar dan mencorak bahagian akhir itu. Baik atau buruk. Selagi belum sampai perkataan terakhir, kita masih mampu mewarnai hidup ini agar kita akan memperoleh the last slide dengan hati yang sungguh puas.

Teman-teman, masih ada masa..
kerana saat ini, detik ini, waktu ini, masih ada guru yang mengajar, biarpun kita kadangkala jauh terleka, kembalilah, kembalilah mendengar apa yang dituturkan oleh sang guru itu. Mudah-mudahan kita akan pulang dan pergi dengan kegembiraan yang tiada tara.  Jadikanlah ucapan terima kasih di slide terakhir itu sesuatu yang memberi manfaat kepada diri kita. Ucapan terima kasih di hujung hayat adalah sesuatu yang indah untuk menghadapi hari selepas berakhir kuliah itu.

0 comments:

Post a Comment

Blogger Tips and Tricks