Air Ketum

Wednesday 3 June 2020

Kata Ustaz Azhar Idrus, jika tok imam melihat tok bilal membina rumah bermula dengan atap tanpa tiang, maka pasti tok imam akan bertanya " Tok Bilal ada minum air ketum ke?"

Kita tertawa lucu mendengar itu.

Namun bila direnung, ia berlaku hari ini. Detik ini. Saat ini. Betapa ramai yang meneguk air ketum.

Solat tiang agama.
Pentingnya solat sehingga ia menjadi asas agama. 
Tiada solat, maka tiadalah agama baginya.

Tetapi, hari ini alangkah ramai manusia yang meruntuhkan agama di dalam diri.
 
Diwajibkan ke atas orang yg beriman itu lima perkara, yakni:

1} Mengucap dua kalimah syahadah
2) Solat lima waktu sehari semalam
3) Menunaikan zakat
4) Berpuasa di bulan Ramadhan
5) Menunaikan haji bagi yang berkemampuan

Bertudung litup, berpuasa, ulang alik haji dan umrah, zikir tiada henti. apalah gunanya mendahului atap jika tiada tiang.

Rugi!

Ada orang dengan bangga menegaskan pendirian dengan berkata. " Aku, walaupun tidak solat tidak pernah fitnah orang tu, fitnah orang ni. Dia tu solat tapi perangai macam apa entah. Simpang malaikat 44! 

Usah begitu! Siapa kita untuk menilai baik orang dan baik kita? Penilai Yang Maha Adil itu hanya Allah SWT.

Kita ini manusia yang tidak lekang dari dosa. Tetapi dosa meninggalkan solat dengan sengaja adalah sangat besar.

Dosa tidak terbentang di mata, tidak juga terbeban di bahu. Kerana itu, kita tanpa solat masih boleh tertawa suka, bagai dunia ini kita yang punya.

Kita telah terlupa. Barangkali kita telah salah membeli air. Disangka air putih, namun ternyata air ketum! 

0 comments:

Post a Comment

Blogger Tips and Tricks