(Pic was taken by my baby brother)
Orang beriman itu punya satu senjata. Doa. Itulah
senjata kita. Doa itu tanda pengharapan seorang hamba kepada Tuhannya. Doa
menandakan kita sedar kita tidak punya apa-apa. Berharap hanya kepadaNya
semata-mata.
Malam ini, IJ mahu bercerita tentang satu doa, yang IJ
pohon sedari kecil lagi.
Dulu-dulu, waktu itu masih sangat kecil tetapi IJ
selalu meminta supaya Allah izinkan IJ menjejak kaki ke Tanah suci dalam umur
muda. Setiap kali melihat Kaabah, di dalam sekeping gambar atau di dalam tv, itulah doa yang tak putus sejak
dulu.
‘Ya Allah, izinkanlah aku menjejakkan kaki ke rumahmu
ketika muda’.
Waktu itu, doa sungguh tulus kan? Kita adalah anak kecil
yang suci hatinya.
Jalannya terlihat begitu kabur. Memanglah ma dan ayah
bukan orang susah, tetapi nak kata mewah tidak juga. Kawan-kawan IJ selalu
menyangka ma dan ayah IJ kaya, padahal kita lebih tahu keluarga kita. Hidup
biasa-biasa sahaja. Tidak pernah bermewah mewahan seperti orang. Ma bukan jenis
yang terlalu mudah memberi bila anak-anak meminta. Usaha kemudian dapat. Not in
the blink of eyes seperti orang yang lahir di atas dulang emas.
Tahun demi tahun berlalu, doa selalu ada. Di usia muda. Itulah doa IJ. Sebenarnya, based on my view, orang Malaysia ni ada satu
perception, pergi Mekah, buat haji buat umrah bila usia dah meningkat je (maaf
andai tersilap). Padahal, masa mudalah kita nak ke sana. Ibadah ketika tenaga
masih kuat dan kental.
Dipendekkan cerita, habis belajar di Sarawak, kemudian
kerja. Ayah pun pencen sudah. Tiba-tiba ayah call tanya “Kak Jah nak pergi
umrah tak, ayah belanja!”
IJ rasa terkedu di situ. Ingatkan ayah gurau je. Ayah
kata ayah dah niat, bila dah pencen, ayah nak bagi anak-anak ayah dua choice.
Nak duit/ nak pergi umrah dengan ayah. Haaa.. memanglah tak adanya nak kelabu
mata ke apa. Memang pilihan kedua itulah yang terpilih (Anyway, duit yang ayah
nak bagi tu sama je nilainya dengan tajaan pi umrah).
Allah, I was so happy back then. Masa tu fikir, Allah,
Kau sungguh baik. Kabulkan doa & permintaanku. Syukur sangat.
Adalah cerita sedih sesudah itu. Tak dapat cutilah,
itulah inilah. Sebab baru kerja, payahlah senior nak bagi junior cuti lama. Dah
mai dah sedih tu.
Whatever, kalau Allah kata jadi, maka jadilah
Walau family dekat Terengganu, IJ dekat KL, selamat
juga impianku. Kursus umrah pun IJ tak pergi. Baca bukunya aje. Lepas tu
sibuklah tanya ayah sepanjang umrah tu.
I was so grateful. Tak terungkap perasaan tu.
Kalau nak tanya doa apa yang paling besar yang pernah
Allah makbulkan, itulah doanya.
Nak cerita panjang lagi tapi cukuplah dulu ya.
Ingat tu, jangan pernah putus asa dalam berdoa. Sabarlah
menanti doa terhijab.
Sesungguhnya, hanya orang-orang yang bersabarlah yang
dicukupkan pahala mereka tanpa batas (Az Zumar 39:10)
Now, during this Covid 19 season, tgk gmbr Mekah & Madinah pun rasa sedih. Sayu je hati. One fine day, I wish i will be there again, with the one I love. Amiin
Now, during this Covid 19 season, tgk gmbr Mekah & Madinah pun rasa sedih. Sayu je hati. One fine day, I wish i will be there again, with the one I love. Amiin
p/s: sedihnya, banyak gambar pergi umrah dah hilang sebab phone hilang. Phone jatuh dari motor sebab tuannya bawak laju sgt🙆
0 comments:
Post a Comment