Jauhi CPR

Saturday 6 June 2020

CPR Skills for Children


Pernah dengarkah apa itu CPR? Tentu pernah bukan. Kita sudah biasa dengan CPR yang biasanya dilakukan pada mereka yang lemas. Lebih tepat lagi, CPR akan dilakukan pada pesakit yang tidak memberi respond dan tiada denyutan nadi. Cardiopulmunary Resuscitation. Itulah yang dikatakan CPR.

Tidak! Saya bukan hendak berbicara mengenai CPR (pertolongan cemas) yang   diperkenalkan oleh AHA (American Health Association) itu. CPR kali ini adalah  Cium, Peluk & Raba . Satu gejala yang seolah-olah biasa dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.

Kini, betapa ramai yang meakukan CPR tidak kira masa, tempat dan ketika. Keluar sahaja rumah, mata terus menangkap banyak sungguh adegan yang menyakitkan mata, kepala dan hati sendiri. Tidak fahamlah mengapa segelintir masyarakat kita suka sangat akan CPR yang terbaru itu. Lebih menyedihkan kebanyakannya berbangsa Melayu dan bertudung. Nauzubillah.

Bukankah ada firman Allah yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” – Al Isra’ ayat 32

Hmmm… Apa itu zina ya? Kita tahu zina itu sesuatu yang buruk tapi tahukah kita apa maknanya?
Zina adalah hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang dilakukan tanpa akad pernikahan yang sah.

Allah menyeru kita supaya tidak mendekati zina. Salah satunya dengan menjaga pandangan mata, telinga dan hati. Jadi kalau sudah masuk pada bab CPR itu, maknanya sudah terlalu dekat dengan zina kan? Allah sudah tahu betapa lemahnya makhluk yang Dia ciptakan. Kerana itu, Dia memberi peringatan awal-awal lagi supaya tidak mendekati zina.

Bukankah segala sesuatu yang Allah tetapkan itu sangat berhikmah, biarpun pada dasarnya hikmah itu tidak nampak pada pandangan mata kasar kita.

Bila kita menegur akan tidak eloknya adegan CPR, tentu si pelaku akan memandang kita sinis, seolah-olah yang bersalah itu kita. Jelingnya bagai hendak naik juling! Dan dengar kasar pula mereka menjawab :

“We do nothing wrong”. Opss! Berbahasa omputih pulak mak cik dan pakcik ini.

“Jaga kubur masing-masing”.

“Ada kami ganggu kau?”

“Hei, apasal busybody sangat, hah? Berapa banyak hutang aku dengan kau?”

Errr.. tentu kita terpinga-pinga dan terkulat-kulat buat sesaat. Niat baik di hati dibalas dengan tuba. Rasa bengang mula menyapa diri. Juga terkilan kerana mereka tidak memahami teguran kita. Ayuh! Kita renungi diri. Mungkin salah kita kerana menegur tidak kena tempat (bukan di tempat awam jika berlakunya CPR di situ). Dan ucapan-ucapan mereka itu, betul juga bukan.

Jaga kubur masing-masing. Betul la tu. Kerana apabila tiba saat untuk dikebumikan. Mereka mungkin di kampung mereka, kita pun di tempat kita (Insyallah). Mereka tidak mengganggu kita dan kita juga tidak berhutang dengan mereka.

Tidak mengapalah! Kita sejukkan hati. Mereka tidak faham, yang salah tetap juga salah. Kita doakan mereka agar suatu saat nanti Allah bukakan mata hati mereka melihat indahnya jalan kebenaran. Ayuh teman-teman! Usah berCPR. Bahayanya CPR sehingga boleh membawa kepada kemurkaan Allah. Mohon dijauhkan.


0 comments:

Post a Comment

Blogger Tips and Tricks