Arnie Izzati

Monday 1 June 2020



Betapa lama kita berteman, dari zaman kepala botak, sampai rambut tumbuh kembali😄😄
Sungguh lama kita bersahabat, dari detik pakai tudung tutup dahi sampailah cover rambut dengan shawl Ariani. 

Arnie & Izzati. 

Barangkali, gabungan nama kita cukup indah menjadikan kita serasi bersama.

Kita berdua serumah ketika semester satu. Sesudah itu, menjadi rapat asbab keislaman Arnie. Kemudian, sebilik pula. Dulu, aku mengajarnya Iqra’ & seringkali kami berjemaah bersama. Sesudah itu, dia bertukar guru kerana aku garang katanya. Eh, ye ke?ðŸĪŠ

Semester demi semester berlalu, kami kian akrab. Sungguh kita serasi bersama. Buat kerja gila berdua. Selfie dengan pelbagai gaya. Bila belek gambar-gambar lama dalam laptop, baru perasan ada satu folder dengan nama 'Life with Arnie'. Sentimental value was there😙

Tergelak sorang-sorang melihat tingkah kami selfie dengan pelbagai aksi. Waktu sebilik, walau kadang-kadang ada timing tidak sebulu, dua-dua akan ambil langkah berdiam diri. Mengerti sendiri, ketika saling tidak merasa senang, jangan berbicara, nanti buruk padahnya. Gaduh manja kami tidak lama pun. Sesudah itu, kembali bertegur sapa dan kembali menjadi ‘gila’. 

Banyak benda, bahkan terlampau banyak perkara yang dikongsi bersama. Itu belum lagi cerita tentang crush masing-masing yg sudahnya crushing the heartðŸĪĢMungkin kerana ngam itulah yang menjadikan kita senang hendak bercerita.

 A friend in need is a friend indeed.

Ada suatu ketika, kami pernah accident motor bersama. Tika itu, hujan renyai-renyai. Kerana dia memang takut naik motor dengan aku, maka aku sengaja goyangkan badan ketika atas motor. Malangnya, nasib tak menyebelahi kami. Kami meluncur di jalanan seperti orang main ice skating. Memang dahsyat bila diingat kembali. Allah, mengucap dah time tu. Rasa kalau ada kereta di belakang, sudah lama kami di ICU. Tapi, Allah panjangkan umur.

Dua-dua tergamam di bahu jalan, di bawah renyai hujan. Anjing lalu di sebelah pun buat tak endah. Kalau tidak  tentu aku sudah lari sebatu. Arnie dah macam stupor di situ. Lol! Bila ingat balik, itulah antara bahan gelak kami. Seluar yang koyak akibat accident tu masih ada dalam almari. Buat kenangan di hari tua. 

Traumanya dia, sampai detik ini, Arnie taubat nasuha, tak nak naik motor dengan aku lagi dah walaupun aku janji kalau dia sudi jadi pembonceng, aku akan bawa dengan kelajuan 20km/jam. (Ini adalah auta, sebab tu dia tak nak naik). Hehehe  

Bee. Bae. Bie.
Ini nama manja. Sebenarnya bermula dari perkataan "abe". Lama-lama aku memanggil dia, bae dan dia memanggil aku dgn panggilan yg sama. Sweet ke gitu?? Entah apa significant nya di situ.


Betapa banyak kita merakam kenangan. Tetapi kenangan yang ada di dalam sekeping gambar tidak akan sama dengan kenangan manis yang tercipta dalam lipatan hati. 

Aku percaya, suatu masa nanti kita akan berpisah dengan kehendak takdir, tapi aku tahu dirimu akan selalu ada di dalam doaku. Jauhnya jarak tidak akan sesekali menghilangkan kasih sayang ini. Sedih juga rasa hati kerana dirimu adalah sahabat tika susah dan senang juga tika tertawa bahagia.

Persahabatan kita luhur lagi sejati. Sahabat sejati saling memaafkan, menerima baik dan buruk sahabatnya. Bukan hanya memikirkan kepentingan diri sahaja.


Ada ungkapan mengatakan: Teman sejati tidak perlu selalu ada di mata, cukuplah setia menghuni hati.


                                         -One of the happiness is having crazy friend-
















p/s: Kisah tentangnya ada dalam posting IJ (Jangan bersedih, teman).

Nama Islamnya ialah Nur Huda Arnie Sumayyah binti Usit.

2 comments:

Unknown said...

Sweetnya kisah sahabat sejati. Susah & senang bersama. Giler2 pon bersama. Adakah mungkin jodoh akan tiba pada masa yg sama? Hanya Allah yg tahu.. Setiap pertemuan & kenangan adalah perancangan terindah drpdNya.. Alhamdulillah syukur.. Semoga persahabatan ini kekal sehingga ke Jannatul Firdausi..

Izz Jaja said...

Aamiin dear.

Post a Comment

Blogger Tips and Tricks