Reviews on PH

Monday, 1 June 2020


 Permaisuri Hati. Tak tahu dari mana tetibe  muncul tajuk tu.

Tapi sebenarnya kerana Permaisuri Hatilah IJ dikenali ramai pembaca (ye dak?). Masa tu, dapat banyak sangat positive feedback. Alhamdulillah. Ramai pembaca tegar yang add facebook. Semuanya IJ approve. IJ tahu perasaan nak kenal pembaca tu acane. Zaman-zaman giler membaca dulu, rasa nak sangat tengok muka penulisnya. Hehe

Rasanya fb friends yang now dah up to 4k ++ tu tak kenal pun. Maybe yang kenal pun 20% je kot.  Others are readers yang add friend. Time keluar buku ni, siap ada yang suggest buka instagram sebab ada pembaca nak kenal IJ tapi tak ada fb. IJ dulukan budak kg (eh, sekarang budak bandar ke??), I was not sooo into media social. Dulu nak add gambar dkat fb pun bukan main susah. Tak reti. 

Buku ni IJ pernah hadiahkan pada lecturer subject Bahasa during my third year on the last class, on the last day. A few months later, dia tak tahu macam mana nak contact IJ, dia contact CEO company bagi review. Rasa terharu sungguh. Apart from that, thanks a lot for all the positive or negative feedbacks. Semuanya IJ hargai. 

Sekali lagi, IJ nak kata, tanpa pembaca, siapalah penulis 


































The Last Slide



Ketika berada di bilik kuliah, agak-agak anda apa yang terjadi kepada pelajar-pelajar di dalamnya?

Situasi A:

1)    Lima kali menguap selepas sepuluh minit?
2)    Gelisah tak tentu arah?
3)    Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri?
4)    Pusing sana, pusing sini, Menggeliat sampai sakit tulang belakang? Opss!
5)    Keluar masuk tandas?
6)    Krik-krik?

Situasi B :

1)      Masih segar bugar sampai ke saat terakhir?
2)      Semuanya masuk ke otak. Alhamdulillah.

Oh! Itu hanya senarai kemungkinan-kemungkinan yang boleh saja terjadi. Atau mungkin juga anda dan saya memang melaluinya. Saya serahkan jawapan itu untuk anda membulatnya. Saya pasti anda lebih arif mengenai diri sendiri, betul tak?

Itu sekadar mukadimah sahaja.

Persoalan yang seterusnya ialah apa yang sebenarnya ditunggu oleh pelajar yang menghadapi situasi A dan B itu?

Jeng! Jeng! Jeng!

The last slide. Dengan perkataan “TERIMA KASIH @ THANK YOU”

Saya percaya itulah yang diinginkan oleh semua. Termasuk saya tentunya. Mereka yang tergolong dalam situasi A tu tak perlu nak dipersoalkan lagi, the last slide memang menjadi impian dan angan-angan seawal kelas bermula lagi. Situasi B? Ehmm.. walaupun mereka jenis golongan yang mungkin di barisan hadapan dan terkenal dengan dean list student, tentu tetap tercuit di hati mereka dengan soalan.. hai..bila nak habis ni??

Dan lagi. Persoalannya. Siapakah di antara dua situasi yang lebih beruntung? Tidak syak lagi situasi B itu lebih baik keadaannya. Kerana mereka memilih untuk terus mengambil isi yang diajar dan  menghalang setiap cubaan dan halangan yang mungkin boleh membuatkan mereka terjebak ke dalam situasi A. Tak dinafikan, tentu sekali mereka kadangkala terleka, perasaan mengantuk datang menyapa namun cepat sahaja mereka sedar diri. Terus kembali ke alam realiti.
Teman-teman, begitulah dalam hidup ini. Kaya. Miskin. Cantik. Hodoh. Suka atau duka hidup ini, kita semuanya menjadi penunggu. Sesungguhnya kita sedang menanti ‘the last slide’. Sebuah penghujung yang tiada hujungnya.

The Last Slide = Kematian

Dalam kehidupan ini, ingatlah, kita perlu menjadi penentu untuk the last slide yang akan kita hadapi nanti. Kitalah yang melakar dan mencorak bahagian akhir itu. Baik atau buruk. Selagi belum sampai perkataan terakhir, kita masih mampu mewarnai hidup ini agar kita akan memperoleh the last slide dengan hati yang sungguh puas.

Teman-teman, masih ada masa..
kerana saat ini, detik ini, waktu ini, masih ada guru yang mengajar, biarpun kita kadangkala jauh terleka, kembalilah, kembalilah mendengar apa yang dituturkan oleh sang guru itu. Mudah-mudahan kita akan pulang dan pergi dengan kegembiraan yang tiada tara.  Jadikanlah ucapan terima kasih di slide terakhir itu sesuatu yang memberi manfaat kepada diri kita. Ucapan terima kasih di hujung hayat adalah sesuatu yang indah untuk menghadapi hari selepas berakhir kuliah itu.

Ayah yang menghargai!



Seorang ayah. Dari benihnya kita datang dengan izin Allah. Dengan tangan dan kasih sayangnya kita membesar. Kata orang, anak-anak lebih rapat dengan si ibu. Benarkah begitu? Mungkin ya, mungkin juga tidak. Lantaran selama sembilan bulan.. di dalam rahimnya kita menumpang.. setelah itu menyusu pula lebih kurang dua tahun. Sedang seorang ayah bertungkus-lumus mencari sesuap nasi. Pulangnya hanya pada tengah malam. Ketika anak-anak sudah lama dibuai lena. Lalu, si ayah hanya menatap wajah anak-anak buat beberapa saat. Tidak sempat untuk mengucapkan selamat malam pun. Jadi, apabila ditanya, seseorang lebih tegar menjawab..

“Saya lebih sayang ibu saya”.

“Biasanya dengan ayah tak ada apa-apa nak cakap”.

“Saya tidak rapat la dengan ayah”.

Oh! Begitukah?!.. Terasa kedengaran kejam di pinggir telinga. Pada saat insan lain begitu mendambakan kehadiran seorang ayah. Anda mengatakan anda tidak berapa sayang dengan ayah anda. Anda tidak melihat pengorbanannya, tidak merasai telapak tangannya yang kasar kerana tuntutan kerja demi menyuap kita dengan sesuap nasi.

Sesungguhnya lumrah seorang lelaki, dia tidak menunjukkan kasih sayangnya secara terang-terangan. Mungkin bukan semua tetapi agar sukar untuk mencari seorang ayah yang menghantar mesej pada anak-anak dengan mengatakan. “Ayah sayang anak ayah”.

Sedarkah kita.. pada saat kita berjauhan dengan ibu bapa.. kita lebih suka menelefon ibu… langsung tidak bertanya perihal ayah. Tidak langsung bertanya khabarnya. Padahal mungkin tanpa kita sedari, ayah sedang mendengar percakapan kita dengan si ibu. Dia sedang menempel di sebelah ibu. Dia mahu sekali kalau telefon itu dilekapkan di telinganya tetapi tidak punya modal untuk memulakan perbualan. Lantas, dia biarkan kerinduan di dalam dadanya terkubur begitu sahaja.
Seorang kakak, berumah tangga dalam usia seawal 21 tahun. Kemudian, menyambung pelajaran di UPM. Terasa kesuntukan masa, perlu membahagikan masa antara rumah tangga dan pelajaran. Dan tiba-tiba sahaja dia merasakan seperti tidak lagi punya masa untuk ibu bapanya. Namun demikian, setiap kali musim perayaan, pada hari lahir ibu dan ayahnya, dia menghantar kad ucapan dari jauh. Menyatakan kerinduannya terhadap mereka berdua.

Bertahun berlalu, ayah dan ibunya sudah dimamah usia. Dia juga sudah punya keluarga sendiri. Hanya dua tiga kali sahaja dalam setahun dia berpeluang menjenguk ayah dan ibunya. Satu hari, dia terpandangkan kad ucapan hari raya yang pernah dia titipkan kepada ayahnya. Dia celah-celah Al-quran yang selalu dibaca ayahnya. Sungguh, dia jadi terharu. Sebak. Setelah bertahun lamanya, kad hari raya yang sudah hampir kekuningan itu masih wujud lagi. Dijaga baik oleh seorang ayah. Tidak dibuang.

Begitulah.. kasih seorang ayah. Kadangkala, ayah tidak menyatakan tetapi dia menunjukkan dengan tindakannya. Seorang ayah yang menghargai! Mudah-mudahan anak-anak juga akan menghargai kasih sayang yang lahir dari hatinya yang luhur😍

Doa yang DIMAKBULKAN-Part 1


                                                  (Pic was taken by my baby brother)

Orang beriman itu punya satu senjata. Doa. Itulah senjata kita. Doa itu tanda pengharapan seorang hamba kepada Tuhannya. Doa menandakan kita sedar kita tidak punya apa-apa. Berharap hanya kepadaNya semata-mata.  

Malam ini, IJ mahu bercerita tentang satu doa, yang IJ pohon sedari kecil lagi.
Dulu-dulu, waktu itu masih sangat kecil tetapi IJ selalu meminta supaya Allah izinkan IJ menjejak kaki ke Tanah suci dalam umur muda. Setiap kali melihat Kaabah, di dalam sekeping gambar atau  di dalam tv, itulah doa yang tak putus sejak dulu.

‘Ya Allah, izinkanlah aku menjejakkan kaki ke rumahmu ketika muda’.
Waktu itu, doa sungguh tulus kan? Kita adalah anak kecil yang suci hatinya.

Jalannya terlihat begitu kabur. Memanglah ma dan ayah bukan orang susah, tetapi nak kata mewah tidak juga. Kawan-kawan IJ selalu menyangka ma dan ayah IJ kaya, padahal kita lebih tahu keluarga kita. Hidup biasa-biasa sahaja. Tidak pernah bermewah mewahan seperti orang. Ma bukan jenis yang terlalu mudah memberi bila anak-anak meminta. Usaha kemudian dapat. Not in the blink of eyes seperti orang yang lahir di atas dulang emas.  

Tahun demi tahun berlalu, doa selalu ada. Di usia muda. Itulah doa IJ. Sebenarnya, based on my view, orang Malaysia ni ada satu perception, pergi Mekah, buat haji buat umrah bila usia dah meningkat je (maaf andai tersilap). Padahal, masa mudalah kita nak ke sana. Ibadah ketika tenaga masih kuat dan kental.   

Dipendekkan cerita, habis belajar di Sarawak, kemudian kerja. Ayah pun pencen sudah. Tiba-tiba ayah call tanya “Kak Jah nak pergi umrah tak, ayah belanja!”
IJ rasa terkedu di situ. Ingatkan ayah gurau je. Ayah kata ayah dah niat, bila dah pencen, ayah nak bagi anak-anak ayah dua choice. Nak duit/ nak pergi umrah dengan ayah. Haaa.. memanglah tak adanya nak kelabu mata ke apa. Memang pilihan kedua itulah yang terpilih (Anyway, duit yang ayah nak bagi tu sama je nilainya dengan tajaan pi umrah).

Allah, I was so happy back then. Masa tu fikir, Allah, Kau sungguh baik. Kabulkan doa & permintaanku.  Syukur sangat.

Adalah cerita sedih sesudah itu. Tak dapat cutilah, itulah inilah. Sebab baru kerja, payahlah senior nak bagi junior cuti lama. Dah mai dah sedih tu.

Whatever, kalau Allah kata jadi, maka jadilah
Walau family dekat Terengganu, IJ dekat KL, selamat juga impianku. Kursus umrah pun IJ tak pergi. Baca bukunya aje. Lepas tu sibuklah tanya ayah sepanjang umrah tu.

I was so grateful. Tak terungkap perasaan tu.
Kalau nak tanya doa apa yang paling besar yang pernah Allah makbulkan, itulah doanya.
Nak cerita panjang lagi tapi cukuplah dulu ya.

Ingat tu, jangan pernah putus asa dalam berdoa. Sabarlah menanti doa terhijab.

Sesungguhnya, hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas (Az Zumar 39:10)

Now, during this Covid 19 season, tgk gmbr Mekah & Madinah pun rasa sedih. Sayu je hati. One fine day, I wish i will be there again, with the one I love. Amiin

p/s: sedihnya, banyak gambar pergi umrah dah hilang sebab phone hilang. Phone jatuh dari motor sebab tuannya bawak laju sgt🙆

DOA yang DIMAKBULKAN-Part 2



IJ ingat, novel pertama yg IJ baca tajuknya Nota Cinta Buatmu karya Norhayati Berahim. Masa tu umur 10 tahun.

Lepas tu dah jadi kaki novel- yang tegar. To be honest, IJ memang banyak membaca novel. Banyak giler. Tapi bukan jenis beli novel sebab ma mmg tak suka anak anak bazirkan duit utk novel (kalaupun ada, tidaklah smpai bertingkat2). IJ akan ke library sekolah, library daerah, pinjam dengan kawan2. 4 atau 5 kampung di daerah Besut tu IJ pergi demi buku. Sampai library punya orng pun kenallah muka IJ. Jenis datang, direct pergi rak buku, pinjm dan balik. Membaca kena smbil landing atas katil, baru datang moodnya.

IJ ada satu buku utk catat buku apa yg IJ baca. Sekali dgn nama hero & heroinnya sekali. Hahaa...apalah haiiii.
Rasanya dari umur 10 tahun sampai 17 tahun, catatan tu mencecah angka 300 buah😄

Sampailah satu masa, ada doa dalam hati nak tulis novel sendiri. Waktu tu, rasanya masih budak-budak. Jadi, niat tu tentulah sekadar suka-suka saja.

Tapi bila banyak sangat membaca, sebenarnya, automatically tangan pun rasa gatal nak menulis.

IJ pun mulalah menulis seawal usia 14 tahun. Menulis guna komputer yg besar  kat ruang tamu. Ingat dulu setiap kali ayah lalu kat ruang tamu, IJ pun buat-buat busy mengadap benda lain kononnya. Sebab ayah tak berkenan IJ tulis novel. Katanya berangan😂😂😂
Tapi tentulah ayah tahu, mungkin ayah hanya buat-buat tak nampak saja. Manuskrip pertama tu siap masa umur 16 tahun kot. 
Tajuk novel tu Daerah Hati Kita. Ingat lagi tuh. Perghh.. tajuk tuh dh macam apa dah. Dah siap, mss tu ada dlm laptop smpai skrang tak keluar. Bukan tak nak hantar tp bila proofreads rasa macam alamak so childish. Malulah nak hntr ke company penerbitan. 
Nanti confirm 'kena' kaw kaw punya. 
Actually boleh je nak try. Nothing wrong in trying something, right? IJ dah byk kali cuba mengedit, making it a better book to be read. Tapi tak satisfied juga. Nanti- nantilah. Hehe. Jangan main main dengan perkataan "Nanti- nanti" sebab biasa akan end up dengan tak jadi🤪

Lepas tu mula menulis pulak Jangan Pernah Berubah (Tajuk skrang Saat Kau Jauh). Siaplah masa umur 17 tahun. 

Then, after SPM, waiting for SPM result actually, dapat pula idea baru berjudul Permaisuri Hati.

Dah banyak mss tersimpan dalam laptop. Sungguh, ia hanya untuk simpanan. Sekadar baca sendiri luahan fikiran.

Namun, siapa sangka daripada main-main jadi kenyataan pula. Nyata, Allah Mendengar, rupa-rupanya Dia kabulkan doa awal2 tadi. Menulis, baca sendiri dan dibaca pula oleh orng lain.
Alhamdulillah, dua manuskrip awal tu. Daerah Hati Kita dan Saat Kau Jauh selamat dihantar pada satu penerbitan ni. Tapi, IJ tarik balik atas sebab2 tertentu.

Rezekinya Permaisuri Hati yang dulu keluar ke pasaran pada Sep 2015. Alhamdulillah untuk semuanya.
Now, almost five years berada dalam dunia penulisan. IJ bergelar penulis. 

By the way, IJ nak cakap je, bila jadi penulis ni, baru tahu ada juga yg pesimis terhadap penulis ya.  Terutamanya penulis genre cinta.

Abaikan.
Mereka yang dok pikir negatif tu tak pernah baca pun novel yang kita tulis.
Dan, untuk yang pernah belek dan baca, suka atau tak. Terima kasih tau 😍😍😍
Tak ada pembaca, tak ada lah penulis

Haa..lagi satu, bila buku dah keluar tu, jangan happy sangat sebabnya nnti nak baca review pembaca sangat mendebarkan. Ada yang jenis review direct to the face. Kalau yang jenis komen positive, ok. Tapi yang jenis review negatif mmg rasa alamak, tak layak ke buku aku ada di pasaran?

Anyhow, I learnt something. Kita tak dapat puaskan hati semua orang. Write what we love to. Be ourselves. Jangan jadi seperti lalang. Ke kanan ke kiri tanpa pendirian. But, ambil kira komen pembaca to improve our writing is also crucial. 

Menulis ni perlukan jiwa. Ij jenis yang menulis perlu dalam keadaan "in the mood", bukan cuma hentam kromo, target nak siap je. 

Apa apa pun, i do enjoy writing. It released something inside me. I love it. 

Anyhow, Im getting old. Rasanya sudah puas membaca novel. Pusing sana pusing sini, lastnya happy ending. Sesekali, ada juga yg sad ending which is not my cup of tea. Haha.. (Hakikat, takdir hidup ini tak semuanya indah)

IJ dah beralih bahan bacaan. Penuhi diri dengan buku buku motivasi, kisah kisah nabi, buku amalan, buku keagamaan. Nak membaca novel sekarang pun, IJ jadi pemilih sangat. Novel yang betul-betul masuk dengan jiwa je yang IJ akan baca. 

Baca Al Quran pun in the list juga. Baca. Baca. Baca. Malas macam mana pun, bacalah kalam Allah tu. Tetapkan waktu membaca Al Quran. Kalau malas dua helai, sehelai pun jadilah. Baca Al Quran sehuruf dapat 10 pahala tau. Mana nak dapat tu? Moga-moga ia bermanfaat. Di sini & di 'sana' nanti. Amiin.

Doakan. Meskipun beralih bahan bacaan, IJ masih menulis even in slow motion pun.


-Sang Penulis-

Sekeping Hati❤️


Dari mata jatuh ke hati.
Dari hati terbitlah sayang.
Hati adalah penggerak segala.
Hatilah yang dipandang Tuhan.
Hatilah yang memiliki keimanan atau kekufuran.
Hati jangan dibiar mati.
Hati harus dibajai dengan cinta selalu.

Boleh jadi,
hati mengkhianati tuannya.
Boleh jadi hati inginkan kebaikan,
 tetapi tidak selari dengan akal pemiliknya.

Hati sedih, Allah tempat mengadu
Hati susah, Allah tempat meminta
Hati gembira, Allah tempat bersyukur

Sedarlah, hati yang terdapat pada tubuh,
Meskipun ia ada di dalam dada kita
Hati itu tetap bukan milik kita.
Hati ini milik Allah SWT

Hati wajib dipandu agar mencintai Tuhan nan satu
Kerana ternyata Dialah pemilik hati❤️

ERTI KASEH

Saturday, 30 May 2020



Tetap Kasih

Sebuah cerpen
Tentang rasa yang tak pernah mati~~~

SINOPSIS TK

Dia dipukul, diherdik, ditampar dan bermacam lagi letusan rasa marah ayahnya dilepaskan ditubuh kecilnya. Sejak itu Aliah menyimpan dendam pada ayahnya. Bertahun-tahun berlalu, namun gadis itu tidak pernah melupakan apatah lagi untuk memaafkan sikap ayahnya. 

“Aliah! Kau pekak ke mak kau cakap tak boleh, hah? Yang kau gatal kaki nak ikut sangat ni kenapa?!”

Satu-satunya cara untuk pergi jauh dari ayahnya adalah dengan mendapat keputusan terbaik dalam SPM. Doa Aliah termakbul apabila dia ditawarkan untuk melanjutkan pengajian di UNIMAS. 

Selama 5 tahun, Aliah tidak pernah kembali ke kampung biar pun seringkali berhubung dengan adiknya, Azman. 

“Selagi parut pada dahi aku ni ada, sampai tu aku takkan lupa!” 

Berakhirkah dendam si anak terhadap ayahnya? Mampukah Aliah menemui kata maaf untuk ayahnya? Atau tegakah Aliah membiarkan permohonan maaf dari ayahnya yang sudah semakin uzur?





SECOET rasa hati seorang ayah dalam Tetap Kasih

PUISI BUAT ALIAH
Aliah.
Ketika kau dalam kandungan
Sering kali kuusap dirimu yang tak pernah menyusahkan
Lahirmu ke dunia menjadi penawar
Penyejuk hatiku dan Maznah

Aliah,
Ayahlah yang salah,
Ayah tidak pandai mendidikmu.
Ayah mahu mengajarmu
Namun, ayah tidak sedar, ayah menyakitimu
Ayah mengasihimu,
Tetapi ayah tidak tahu menunjukkan
Ayah mencintaimu,
Namun, tidak pula ayah pandai berbahasa yang indah-indah.


Aliah,
Maafkanlah ayah.
Untuk semua dosa-dosa yang pernah ayah lakukan
Maafkanlah ayah
Kerana mendera tubuh kecilmu
Maafkanlah ayah..
Untuk setiap hirisan luka di tubuhmu itu
Maafkanlah ayah
Kerana bisa tanganku,
Wajahmu yang mulus berparut hodoh
Maafkanlah ayah,
Kerana ayah,
Engkau tidak mengecap zaman kanak-kanakmu.

Aliah
Ayah tidak meminta lebih
Cukuplah..
Jika Aliah sekadar mengingati ayah di setiap titipan doa
Cukuplah
Jika sekali-sekala Aliah mengenang ayah sebagai seorang ayah
Bukan sebagai musuh yang wajib dibenci

Aliah
Jika Aliah berdendam
Ayah mengerti
Ayah tidak menyalahkanmu nak
Kerana yang bersalah itu ayah

Aliah,
Maafkanlah ayah..
Kerana tetap menyayangimu walau jauh kau pergi.


Terima kasih anakku kerana sudi balik menatap wajah ayahmu ini..
Blogger Tips and Tricks