Bila Kita Matang

Saturday 6 June 2020


                                                 Maturity Quotes | Maturity Sayings | Maturity Picture Quotes



Bukankah kita ingin menjadi matang? Kita tidak suka digelar budak- budak, keanak-anakan? For me, childish is good at time but too childish and clingy can be annoying to certain people at certain time and certain place.

Matang bukan melihat pada angka/ umur seseorang. Tidak juga pada raut wajah tetapi pada peribadi dan akhlak.

Bila kita matang:

Kita tidak akan menonjolkan kebodohan kita. Andai kata, kita tidak suka pada seseorang (most of the time, it does happen to us. Kita hanya manusia biasa. Terkadang sayang, terkadang membenci, kemudian rindu, aik?), kita tidak akan menghebohkan kebencian itu. Tidak akan post sesuatu dia media sosial, tidak akan update status, benci sana, benci sini. Menyindir sana, memerli sini. Persoalannya kenapa, mengapa dan untuk apa? Jika kita membenci A, mengapa B sehingga Z perlu ikut campur? Mengapa B sehingga Z perlu memeningkan kepala untuk kebencian kita. Biarlah kita sahaja yang tahu, kemudian merawat kebencian itu.

Bila kita matang:
Kita tahu kita perlu buat sesuatu untuk diri sendiri. Pentingkan diri memanglah tidak bagus. Tetapi kita juga perlu memikirkan keadaan diri sendiri. Apa yang perlu kita buat untuk improve ourselves dari pelbagai sudut, as example: career, family, status kewangan and so on. Berhentilah beralasan, lakukan perubahan. Luaskan pandangan, lihatlah masa depan. Jangan hanya duduk setempat dan menekur lantai.

Bila kita matang:
Kita tidak akan stalk orang yang kita benci hanya untuk being up to date to other people's issue. Kemudian, dengki dan sakit hati sendiri. Duduk rumah sorang-sorang pun dia boleh marah, menyampah pada orang itu sehingga satu keluarga yang lain pun dimarahnya. Rasanya ini adalah sebahagian pnyakit hati yang memerlukan mujahadah dan istiqamah dalam rawatan. Bila difikir-fikir, memang pelik lah manusia ni. Dia sendiri yang create sakit sendiri. Kalau stalk orang yang kita suka atau terjatuh suka itu, different story. Ini bukan jadi marah, senyum lebar sampai ke telinga gamaknya


Bila kita matang:
Kita tidak akan terlalu bazirkan masa doing nothing macam hidup di atas tilam emas. Hidup ini bukan berkisarkan tidur, makan, movie, tidur, makan, movie.  Kita akan habiskan waktu dengan perkara yang membantu kita untuk terus maju (maju di sini bukan maknanya bangkit dan go somewhere.) Maju in terms of doing something for a better day, better story and conclusion. Perbaiki hidup dengan kebaikan. Selalulah berbuat baik meskipun tidak dipandang orang. Ingatlah kebaikan akan selalu kembali kepada pencintanya. Hendak berubah untuk hidup yang lebih baik? Perbaikilah diri dengan perbaiki solat. Buat dulu kemudian lihat hasilnya.  Ingatlah, "Life is a circle. The end of one journey is the beginning of the next."

Bila kita matang:
Kta tidak akan cepat melatah apabila seseorang menyampaikan berita kita diumpat/ difitnah atau dikeji. Relax and enjoy the day. Orang yang membenci kita, kita buat baik pun tidak akan memberi kesan kepada mereka. Kata Ali bin Abi Talib: "Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada sesiapa pun kerana yang menyukaimu tidak butuh itu dan yang membencimu tidak percaya itu."
Hidup ini tetap berjalan tanpa atau dengan mereka yang membenci kita. Orang yang kurang senang dengan kebahagiaan kita akan selalu begitu. Cari pasal adalah hobi mereka. Orang yang begini jangan dilayan, nanti tambah meroyan. Percayalah, orang yang dengki dengan bahagia kita sebenarnya dia sedang mencari bahagia di dalam jiwanya. Hidupnya tidak bahagia. Bersyukurlah, saat dikeji orang kerana ternyata kita sedang diuji Tuhan. Dan hidup kita lebih bahagia daripada mereka. 

Bila kita matang:
Kita akan mudah memaaafkan. Tiada guna menyimpan dendam kerana dendam tidak akan membawa kita ke mana. Kita akan melihat dunia dengan dimensi yang berbeza. Kita tidak akan mengugut dengan ayat "kau merangkak cari aku di akhirat". Percayalah, kemaafan adalah dendam yang terindah. Sampai mana dan sampai bila kita kan hidup? Dunia ini akan ada sudahnya. Ketetapan Ilahi, setiap yang bernyawa akan mati. Dunia  adalah cubaan dan cabaran. Di akhirat nanti, kita akan menerima hasil tuaian di dunia. 

Bila kita matang:
Kita akan lebih menikmati erti bahagia, redha dengan takdir dan ketetapan Yang Maha Esa.

Jauhi CPR

CPR Skills for Children


Pernah dengarkah apa itu CPR? Tentu pernah bukan. Kita sudah biasa dengan CPR yang biasanya dilakukan pada mereka yang lemas. Lebih tepat lagi, CPR akan dilakukan pada pesakit yang tidak memberi respond dan tiada denyutan nadi. Cardiopulmunary Resuscitation. Itulah yang dikatakan CPR.

Tidak! Saya bukan hendak berbicara mengenai CPR (pertolongan cemas) yang   diperkenalkan oleh AHA (American Health Association) itu. CPR kali ini adalah  Cium, Peluk & Raba . Satu gejala yang seolah-olah biasa dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini.

Kini, betapa ramai yang meakukan CPR tidak kira masa, tempat dan ketika. Keluar sahaja rumah, mata terus menangkap banyak sungguh adegan yang menyakitkan mata, kepala dan hati sendiri. Tidak fahamlah mengapa segelintir masyarakat kita suka sangat akan CPR yang terbaru itu. Lebih menyedihkan kebanyakannya berbangsa Melayu dan bertudung. Nauzubillah.

Bukankah ada firman Allah yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk.” – Al Isra’ ayat 32

Hmmm… Apa itu zina ya? Kita tahu zina itu sesuatu yang buruk tapi tahukah kita apa maknanya?
Zina adalah hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang dilakukan tanpa akad pernikahan yang sah.

Allah menyeru kita supaya tidak mendekati zina. Salah satunya dengan menjaga pandangan mata, telinga dan hati. Jadi kalau sudah masuk pada bab CPR itu, maknanya sudah terlalu dekat dengan zina kan? Allah sudah tahu betapa lemahnya makhluk yang Dia ciptakan. Kerana itu, Dia memberi peringatan awal-awal lagi supaya tidak mendekati zina.

Bukankah segala sesuatu yang Allah tetapkan itu sangat berhikmah, biarpun pada dasarnya hikmah itu tidak nampak pada pandangan mata kasar kita.

Bila kita menegur akan tidak eloknya adegan CPR, tentu si pelaku akan memandang kita sinis, seolah-olah yang bersalah itu kita. Jelingnya bagai hendak naik juling! Dan dengar kasar pula mereka menjawab :

“We do nothing wrong”. Opss! Berbahasa omputih pulak mak cik dan pakcik ini.

“Jaga kubur masing-masing”.

“Ada kami ganggu kau?”

“Hei, apasal busybody sangat, hah? Berapa banyak hutang aku dengan kau?”

Errr.. tentu kita terpinga-pinga dan terkulat-kulat buat sesaat. Niat baik di hati dibalas dengan tuba. Rasa bengang mula menyapa diri. Juga terkilan kerana mereka tidak memahami teguran kita. Ayuh! Kita renungi diri. Mungkin salah kita kerana menegur tidak kena tempat (bukan di tempat awam jika berlakunya CPR di situ). Dan ucapan-ucapan mereka itu, betul juga bukan.

Jaga kubur masing-masing. Betul la tu. Kerana apabila tiba saat untuk dikebumikan. Mereka mungkin di kampung mereka, kita pun di tempat kita (Insyallah). Mereka tidak mengganggu kita dan kita juga tidak berhutang dengan mereka.

Tidak mengapalah! Kita sejukkan hati. Mereka tidak faham, yang salah tetap juga salah. Kita doakan mereka agar suatu saat nanti Allah bukakan mata hati mereka melihat indahnya jalan kebenaran. Ayuh teman-teman! Usah berCPR. Bahayanya CPR sehingga boleh membawa kepada kemurkaan Allah. Mohon dijauhkan.


Air Ketum

Wednesday 3 June 2020

Kata Ustaz Azhar Idrus, jika tok imam melihat tok bilal membina rumah bermula dengan atap tanpa tiang, maka pasti tok imam akan bertanya " Tok Bilal ada minum air ketum ke?"

Kita tertawa lucu mendengar itu.

Namun bila direnung, ia berlaku hari ini. Detik ini. Saat ini. Betapa ramai yang meneguk air ketum.

Solat tiang agama.
Pentingnya solat sehingga ia menjadi asas agama. 
Tiada solat, maka tiadalah agama baginya.

Tetapi, hari ini alangkah ramai manusia yang meruntuhkan agama di dalam diri.
 
Diwajibkan ke atas orang yg beriman itu lima perkara, yakni:

1} Mengucap dua kalimah syahadah
2) Solat lima waktu sehari semalam
3) Menunaikan zakat
4) Berpuasa di bulan Ramadhan
5) Menunaikan haji bagi yang berkemampuan

Bertudung litup, berpuasa, ulang alik haji dan umrah, zikir tiada henti. apalah gunanya mendahului atap jika tiada tiang.

Rugi!

Ada orang dengan bangga menegaskan pendirian dengan berkata. " Aku, walaupun tidak solat tidak pernah fitnah orang tu, fitnah orang ni. Dia tu solat tapi perangai macam apa entah. Simpang malaikat 44! 

Usah begitu! Siapa kita untuk menilai baik orang dan baik kita? Penilai Yang Maha Adil itu hanya Allah SWT.

Kita ini manusia yang tidak lekang dari dosa. Tetapi dosa meninggalkan solat dengan sengaja adalah sangat besar.

Dosa tidak terbentang di mata, tidak juga terbeban di bahu. Kerana itu, kita tanpa solat masih boleh tertawa suka, bagai dunia ini kita yang punya.

Kita telah terlupa. Barangkali kita telah salah membeli air. Disangka air putih, namun ternyata air ketum! 

Beri laluan

Dalam kesesakan lalu lintas, sukarnya kita untuk memikirkan orang lain. Kita memilih untuk mementingkan diri sendiri.

Beri laluan tidaklah begitu susah, tetapi kita tidak sudi berbuat demikian.

Seawal umur 14 tahun, saya dahulu naik motor ke sekolah. Awal pagi, ayah akan mengiringi pemergian saya ke sekolah. Ayah akan memastikan motor dalam keadaan selamat. Baju hujan ada di tempatnya. Terima kasih ayah.

Nasihat ayah awal pagi sama hampir bertahun-tahun. Katanya:
Jangan bawa laju.
Jangan mencabar kereta.
Berilah laluan!

Masih muda, sebahagian nasihat itu terkadang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Yang saya tahu, jangan bawa laju walaupun kadang-kadang nasihat itu saya ingkari.

 Pernah suatu ketika, seorang kawan ayah memberitahu ayah ' kalau tak silap, tadi saya nampak motor Cikgu, laju sungguh anak perempuan cikgu bawa motor'. 
Tetapi ayah sudah tahu perangai anaknya ini. Lalu ayah menjawab. " Anak kawe meme gitu sokmo."

Saya, hanya tersenyum sambil menyembunyikan ketawa.

Jalan kampung. Kita tidaklah merasa terlalu sukar. Namun, pandangan saya sudahnya berubah ketika membawa motor di Kuala Lumpur.

Saya terasa begitu kerdil. Jalan bertali arus. Kiri kanan ada motor, kereta, bas, lori dan basikal. Segala macam. Ada yang bawa kenderaan macam pelesit. Ada juga yang slow seperti sang kura-kura dalam pertandingan larian bersama arnab😅


Lama juga saya ke sana ke mari dengan motor di bandar besar. Dari Kepong ke Puchong. Dari Kepong ke Kajang. Oh, saya ingat saya pro, rupanya tidak!

Ketika itu, baru sedar. Alangkah pentingnya memberi laluan. Betapa sedihnya perasaan ketika kita susah dengan motor, tetapi orang besar yang naik kereta, tidak sudi memberi laluan sedikitpun.

Di atas jalan raya, saya selalu ingatkan diri, jangan merasa megah.

Jalan raya bukan tempat untuk tunjuk hero. Sama sekali tidak!

Lazimi diri kasihan pada orang..Didik hati bila lihat ada kereta, motor hatta bas sekalipun, cubalah memberi ruang kepada orang.

Sudah selalu terbentang di mata, betapa banyak kes kemalangan jalan raya hanya kerana ego. Memanglah kita mengejar masa, hendak segera sampai ke destinasi. Tetapi apa guna 'cepat' itu jika sudahnya kita hanya mengakibatkan kecederaan jiwa pada orang. Pandu cermat jiwa selamat.

Mata kita sudah nampak kereta di sebelah, atau di depan memberi signal, apa kata kita mengalah. Mengalah bukan bermakna kalah. Itu tanda kita punya jiwa yang besar.

Malang sekali, ketika kita berkereta, ada motor memberi signal, kita pun mulalah terasa diri 'besar'. Rasa 'besar' itu adalah sombong. Dan orang yang di dalam hatinya ada sombong meskipun hanya sebesar zarah tidak akan masuk syurga. Mahukah kita begitu? Sedihnya, bila di akhirat nanti, kita tidak masuk syurga kerana tidak sudi memberi laluan!

TAUBAT

Tuesday 2 June 2020




Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata:

Lelaki: “Jika aku berbuat dosa, apakah akan tulis?”

Rasulullah SAW menjawab. “Ya, akan ditulis”

Dia berkata lagi.

Lelaki: “Bagaimana jika aku mengulanginya lagi?”

Rasulullah SAW: “Akan ditulis.”

Lelaki: Ya Rasulullah SAW, bagaimana jika aku bertaubat?’

Rasulullah SAW: “Akan dihapus.”

Lelaki itu berkata.
Lelaki. “Ya Rasulullah, sampai bilakah Allah akan menghapus dosaku?:
Rasulullah SAW menjawab “Allah tidak akan bosan memberi keampunan sehingga kalian bosan meminta ampun.”

HR Thabrani dan Al Hakim.

Arnie Izzati

Monday 1 June 2020



Betapa lama kita berteman, dari zaman kepala botak, sampai rambut tumbuh kembali😄😄
Sungguh lama kita bersahabat, dari detik pakai tudung tutup dahi sampailah cover rambut dengan shawl Ariani. 

Arnie & Izzati. 

Barangkali, gabungan nama kita cukup indah menjadikan kita serasi bersama.

Kita berdua serumah ketika semester satu. Sesudah itu, menjadi rapat asbab keislaman Arnie. Kemudian, sebilik pula. Dulu, aku mengajarnya Iqra’ & seringkali kami berjemaah bersama. Sesudah itu, dia bertukar guru kerana aku garang katanya. Eh, ye ke?🤪

Semester demi semester berlalu, kami kian akrab. Sungguh kita serasi bersama. Buat kerja gila berdua. Selfie dengan pelbagai gaya. Bila belek gambar-gambar lama dalam laptop, baru perasan ada satu folder dengan nama 'Life with Arnie'. Sentimental value was there😙

Tergelak sorang-sorang melihat tingkah kami selfie dengan pelbagai aksi. Waktu sebilik, walau kadang-kadang ada timing tidak sebulu, dua-dua akan ambil langkah berdiam diri. Mengerti sendiri, ketika saling tidak merasa senang, jangan berbicara, nanti buruk padahnya. Gaduh manja kami tidak lama pun. Sesudah itu, kembali bertegur sapa dan kembali menjadi ‘gila’. 

Banyak benda, bahkan terlampau banyak perkara yang dikongsi bersama. Itu belum lagi cerita tentang crush masing-masing yg sudahnya crushing the heart🤣Mungkin kerana ngam itulah yang menjadikan kita senang hendak bercerita.

 A friend in need is a friend indeed.

Ada suatu ketika, kami pernah accident motor bersama. Tika itu, hujan renyai-renyai. Kerana dia memang takut naik motor dengan aku, maka aku sengaja goyangkan badan ketika atas motor. Malangnya, nasib tak menyebelahi kami. Kami meluncur di jalanan seperti orang main ice skating. Memang dahsyat bila diingat kembali. Allah, mengucap dah time tu. Rasa kalau ada kereta di belakang, sudah lama kami di ICU. Tapi, Allah panjangkan umur.

Dua-dua tergamam di bahu jalan, di bawah renyai hujan. Anjing lalu di sebelah pun buat tak endah. Kalau tidak  tentu aku sudah lari sebatu. Arnie dah macam stupor di situ. Lol! Bila ingat balik, itulah antara bahan gelak kami. Seluar yang koyak akibat accident tu masih ada dalam almari. Buat kenangan di hari tua. 

Traumanya dia, sampai detik ini, Arnie taubat nasuha, tak nak naik motor dengan aku lagi dah walaupun aku janji kalau dia sudi jadi pembonceng, aku akan bawa dengan kelajuan 20km/jam. (Ini adalah auta, sebab tu dia tak nak naik). Hehehe  

Bee. Bae. Bie.
Ini nama manja. Sebenarnya bermula dari perkataan "abe". Lama-lama aku memanggil dia, bae dan dia memanggil aku dgn panggilan yg sama. Sweet ke gitu?? Entah apa significant nya di situ.


Betapa banyak kita merakam kenangan. Tetapi kenangan yang ada di dalam sekeping gambar tidak akan sama dengan kenangan manis yang tercipta dalam lipatan hati. 

Aku percaya, suatu masa nanti kita akan berpisah dengan kehendak takdir, tapi aku tahu dirimu akan selalu ada di dalam doaku. Jauhnya jarak tidak akan sesekali menghilangkan kasih sayang ini. Sedih juga rasa hati kerana dirimu adalah sahabat tika susah dan senang juga tika tertawa bahagia.

Persahabatan kita luhur lagi sejati. Sahabat sejati saling memaafkan, menerima baik dan buruk sahabatnya. Bukan hanya memikirkan kepentingan diri sahaja.


Ada ungkapan mengatakan: Teman sejati tidak perlu selalu ada di mata, cukuplah setia menghuni hati.


                                         -One of the happiness is having crazy friend-
















p/s: Kisah tentangnya ada dalam posting IJ (Jangan bersedih, teman).

Nama Islamnya ialah Nur Huda Arnie Sumayyah binti Usit.

Jangan bersedih, teman!




Tidak pernah terdetik di hati,
Aku kan mendengar ceritamu yang mencari jalan kebenaran,
Tidak pernah terlintas di fikiran,
Melihat tangismu yang merindui agama mulia ini,
Tidak pernah menyapa hati,
Aku kan menjadi saksi lafaz syahadahmu.
Lantas, sujud dan syukur buat Ilahi
Atas pengislamanmu sayang.


Oh…
Sang mualaf itu,
Selalu merendah diri, berfikiran positif dan lembut orangnya.
Kita kan terpisah dengan jauhnya jarak dan langkah..
Tapi, kau pasti kan sentiasa di hati
Dan andai kata..
Kita tak ditakdirkan bertemu lagi di dunia yang fana ini
Kenangilah aku di dalam doamu.
Mudah-mudahan dengan izin Ilahi, cinta kita bertaut lagi di akhirat sana.

Sesungguhnya aku begitu beruntung
Mengenalimu wahai sang pencinta agama.


Dia. Seorang teman. Yang dahulunya berbangsa Kristian Katolik. Kami merupakan teman serumah pada tahun 1, seterusnya menjadi teman sebilik. Manis wajahnya.

Maha Suci Allah yang memberi hidayah. Islam meresap masuk ke dalam jiwanya seawal usia 16 tahun. Dia bercerita mengenai minatnya pada Islam pada saya dan seorang lagi teman sebilik, Izyan. Pada awalnya, kami agak tergamam apabila dia mengatakan dia ada Al-Quran. Dalam erti kata lain, dia membeli dan  menyimpan Al-Quran. Biarpun agak kekok kerana sebelum ini, saya tidak bergaul sangat dengan bangsa lain, saya membiasakan diri.

Seronok bila mendengar kecintaannya kepada Islam. Ada sesetengah hal, dia seolah-olah lebih tahu dari saya dan Izyan, membuatkan kami terasa malu sendiri. Apabila dia bertanya, kadang-kadang, kami biarkan jawapan itu tidak berjawab. Kalau salah membuat hukum, berdosa pula namanya. Errr.. ada kalanya cepat-cepat saya ambil BB (broadband), mencari uncle google, search soalannya dan kemudian menjawab sambil tersengih lebar. Selain menjawab pertanyaan, saya juga menambah ilmu di dalam dada.

Misalnya, pada suatu hari pernah dia bertanya.. Mengapa berpuasa pada hari As-Syura? Apa tandanya ye? Err.. okay saya tidak tahu.

Pagi dia bertanya, petang baru saya mengumpul semangat dan idea untuk menjawab.
Dia selalu bercerita mengenai kebimbangannya terhadap reaksi ahli keluarganya jika dia revert (kembali kepada Islam). Mengenai kesedihan yang mungkin dialami ibunya dan persepsi anggota rumah panjang (Dia berbangsa Iban) jika dia membuat keputusan sedemikian.
Saya katakan kepadanya.

Allah memberi sesuatu yang berharga (petunjuk) kepadanya. Mengapa dia mahu lepaskan begitu sahaja? Mengenai urusan keluarga, bukan tidak penting tetapi bukankah agama yang membimbing kita, bukan keluarga dan bukan juga rakan taulan. Dengan keyakinan pada agama, hidup lebih bahagia.

Buat beberapa lama, Arnie bernafas dalam kecintaannya terhadap Islam dalam diam. Dia tidak pergi ke gereja setiap hari Ahad, biarpun teman sebilik memandangnya pelik, dia biarkan sahaja. Seolah-olah tidak berbuat salah apa pun.

Ceritanya lagi, bapanya sudah pergi. Meninggalkannya buat selama-lamanya. Terlibat dalam kemalangan tragis di kampung. Allah! Saya jatuh kasihan padanya. Sering kali merah wajahnya menahan tangis tika bercerita mengenai mendiang si ayah. Sekali lagi, saya dan Izyan hanya mampu menjadi mendengar. Terasa serba salah. Selain menyuruhnya bersabar, kami sendiri kekeringan idea untuk memberi nasihat.

Dia selalu menangis. Hmm…hati saya berkata-kata. Bukan salah Arnie mengingati.. ayah dan ibu tidak mungkin berpengganti. Selamanya hanya satu. Kita pasti mengingati mereka kerana mereka adalah sebahagian dari kita. Kita juga sebahagian dari mereka. Mereka pernah hidup dalam kenangan indah kita.

Alhamdulillah.. akhirnya pada pertengahan sem 1, Arnie melafazkan syahadah, di hadapan saya dan seorang kakak senior. Kami bertiga melaksanakan sujud syukur atas pengislamannya. Saya berdoa agar cahaya hidayah dalam hatinya akan terus menyala sehingga ke akhir nafas.
Ayuh..kita berdoa untuk Arnie. Semoga Allah memberinya kekuatan dengan Islam. Semoga dia tabah menghadapi hari-hari yang mendatang, yang penuh liku dan onak duri.

Senaman berpahala.


Mula dengan kepala. Okey.

Atas. 1,2,3,4,5,6,7,8.
Kiri. 1,2,3,4,5,6,7,8.
Kanan. 1,2,3,4,5,6,7,8.

Dari kecil lagi kita diajar begitu, ketika bersenam. Mesti mengira 1-8. Saya tertanya-tanya, mengapa hanya 8. Mengapa tidak 1-10? Bukan susah pun, tambah dua angka lagi. 9,10. Atau mengapa tidak huruf A-Z.. Wah! Panjangnya. Ada juga yang pengsan di tengah padang ketika membuat senaman kaki. Kasihan!

Tapi, soalan itu saya biarkan. Tidak penting, kata hati saya. Jadi.. dari kecil hingga umur menginjak ke 18 tahun, kiraan ketika bersenam adalah 1-8. Sehingga ada suatu ketika saya menyertai mukhayyam di bawah usrah  selama tiga hari, persepsi saya mula berubah 100%.

Seperti biasa, kalau sudah namanya berkhemah itu, mana boleh lari dari senaman pagi.. Huahaha.. sebenarnya saya bukan kaki bersenam. Walaupun hanya mengambil masa beberapa minit, tidak juga termasuk dalam senarai ‘list to do’ yang saya suka buat.

Ketika senaman hendak bermula, saya sudah bersedia dengan kiraan 1 saya. Tetapi lafaz yang terkeluar dari ahli mukhayyam yang lain buat saya terdiam.

subhanallah, walhamdulillah, walaillahaillahu, allahu akbar.....

Saya jadi terpaku sendiri. Terasa sayu. Inilah kali pertama saya mendengar kiraan 1-8 itu bertukar. Tidak pernah terdetik di hati pun. Tambah lagi dengan lafaz zikir yang mulia. Aduhai! Terasa jahilnya diri. Mula menyedari. Berzikir bukan hanya selepas solat. Mengingati Allah bukan hanya ketika tangan ditadah memohon doa. Di mana-mana jua. Allah Maha mengetahui lagi Maha Mendengar.
Terus saya bersemangat. Almaklumlah..hendak menambah pahala dengan zikir.

Saya bermuhasabah. Mengapa susah mahu berzikir? Sebuah amalan yang tidak memakan banyak waktu. Tidak sulit untuk diucapkan dan dikerjakan. Bahkan, memberi ganjaran  besar pahala yang begitu dahsyat. Sebagaimana sabda Rasul yang mulia :

"Barangsiapa membaca  zikir ini tiap selesai Sholat fardhu (wajib), maka dosa-dosanya diampuni (oleh ALLAH SWT) meskipun sebanyak buih di lautan."

Hebatnya. Sekejap sahaja kita berzikir, Allah akan menghapuskan dosa-dosa kita. Dengan janji hati mesti ikhlas dan bersungguh-sungguh. Betul, tidak susah pun. Yang susah bila kita sendiri yang tidak mahu mencuba dan merasai manisnya zikir.

Mulai hari itu, saya mula membiasakan diri dengan lafaz zikir yang mulia ketika bersenam. Ah!! Tetapi sebetulnya, jangan hanya berzikir ketika nak bersenam tau teman-teman. Basahilah bibir kita dengan zikir kepada Yang Esa. Mudah-mudahan bermanfaat.

Reviews on JS


Cerita ni kena baca... I really meant to convey a good message while writing this story. Jujur dalam perhubungan, sesuailah dengan tajuknya, Jujurlah sayang. Maka sesiapa yang sedang berkasih sayang tu, sila jujur ye 😊





















Reviews on SKJ



Pada suatu pagi, buka fb ramai pembaca tag IJ mentioning that SKJ masuk paper. Eh??






























Blogger Tips and Tricks